Ahmad Maslan berkata, keputusan muktamad hanya akan ditentukan selepas rundingan bersama kepimpinan pusat dan negeri.

Justeru, katanya, setakat ini, tiada keputusan muktamad dibuat memandangkan segala hala tuju hanya akan diputuskan selepas beberapa siri rundingan antara kepimpinan negeri dan pusat.
“Keputusan akhir tentu perlu rundingan bersama kepimpinan utama negeri dengan kepimpinan pusat yang diketuai presiden Umno dan pengerusi BN,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang meminta PKR Johor menggunakan saluran yang baik untuk berunding dengan parti lain dalam kerajaan perpaduan, termasuk Umno, bagi menghadapi PRN yang perlu diadakan selewat-lewatnya April tahun depan.
Anwar berkata, setiap rundingan juga perlu mengambil kira kekuatan sokongan yang dimiliki parti itu pada peringkat Parlimen.
Beliau berkata, usaha ke arah itu sedang giat dijalankan termasuk melalui gerak kerja parti pada peringkat akar umbi.
Beliau turut menegaskan, kerajaan negeri pimpinan Onn Hafiz Ghazi sedang bekerja keras dalam mengurus ekonomi serta menarik pelaburan, selain melaksanakan inisiatif kebajikan seperti Bantuan Kasih Johor (BKJ) untuk manfaat rakyat.
Pada PRN Johor ke-15, BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila menang 40 daripada 56 kerusi DUN.
Pakatan Harapan (PH) pula menang 12 kerusi, dengan 10 oleh DAP, dan PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi, manakala Perikatan Nasional menang tiga kerusi dan Muda memperoleh satu kerusi. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.