`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, April 30, 2026

Isu adat NS: Polis mohon semua pihak tidak buat komen tidak perlu

 KPN minta pihak berkaitan tidak buat komen yang mungkin boleh menjejaskan usaha memastikan keadaan kembali kepada sediakala.

DATUK SERI MOHD KHALID ISMAIL
Polis akan memastikan keselamatan dan ketenteraman di Negeri Sembilan sentiasa terkawal, kata KPN Khalid Ismail.(Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Ketua Polis Negara Khalid Ismail menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung isu melibatkan adat Negeri Sembilan.

Beliau berkata perkara yang berlaku ketika ini melibatkan adat dan budaya di negeri berkenaan.

“Saya cuma memohon kepada semua pihak supaya bertenang, dan tidak membuat sebarang komen yang saya rasa tidak perlu.

“Bagi pihak-pihak yang berkaitan, saya minta supaya tidak membuat sebarang komen yang mungkin boleh menjejaskan usaha-usaha bagi memastikan semuanya kembali kepada keadaan sediakala,” katanya pada sidang media.

Khalid berkata polis akan memastikan keselamatan dan ketenteraman di Negeri Sembilan sentiasa terkawal.

Beliau juga berkata polis menerima beberapa laporan mengenai ketidakpuasan hati pihak yang terlibat dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan tindakan lanjut.

Pada Isnin lepas, semua 14 Adun Barisan Nasional Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Aminuddin Harun.

Sehari selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Aminuddin akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai menteri besar seperti titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.  - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.