`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Wednesday, April 29, 2026

SPRM mengesahkan rakaman percakapan saksi itu akan disambung lagi pada jam 10 pagi esok. James Chai James Chai hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya pada 9.45 pagi tadi. PETALING JAYA: James Chai, bekas pembantu kepada bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli, akan hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi menyambung rakaman percakapan buat hari ketiga. Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Mohd Hafaz Nazar mengesahkan saksi telah dilepaskan pada jam 6.45 petang tadi selepas selesai memberi keterangan bagi hari kedua. “Rakaman percakapan akan disambung lagi untuk hari ketiga, esok pukul 10 pagi,” katanya dalam kenyataan. Terdahulu, Bernama melaporkan Chai tiba pada 9.45 pagi untuk bantu siasatan dakwaan salah laku dalam perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan pembuat cip Arm Holdings yang ditandatangani Mac tahun lalu. Semalam, Chai disoal-siasat pegawai SPRM lebih lapan jam selepas pulang dari UK, tempat beliau kini bekerja. ADVERTISEMENT Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25 Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini berkata 12 saksi daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuk seorang bekas menteri, telah memberikan keterangan bagi membantu siasatan. Pegawai lain yang terlibat termasuk pegawai kanan di Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

 Kejadian yang berlaku berhampiran Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang semalam menyebabkan mangsa berusia 13 tahun cedera di pipi kanan.

gaduh pekan pahang
Tangkap layar rakaman kejadian membabitkan enam remaja yang disyaki merusuh dan mencederakan pelajar lain semalam.
PETALING JAYA:
 Polis menahan enam remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun kerana disyaki merusuh dan mencederakan pelajar lain dalam kejadian berhampiran Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang, semalam.

Kejadian kira-kira 5 petang itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun mengalami kecederaan pada bahagian pipi kanan.

Ketua Polis Pekan, Mohd Zaidi Mat Zin, berkata kejadian berlaku selepas mangsa pergi ke sebuah pondok di kawasan itu untuk bertemu dengan salah seorang pelajar, dipercayai ada kaitan dengan masalah hutang.

Bagaimanapun katanya, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum pelajar berusia 14 tahun itu bertindak menolak, menumbuk dan menendang mangsa.

“Beberapa lagi rakan remaja terbabit yang berada di tempat kejadian turut terlibat memukul mangsa.

“Kejadian disaksikan beberapa individu dan dirakam,” katanya, menurut Sinar Harian.

Zaidi berkata mangsa kemudiannya menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.

“Bertindak atas maklumat, enam pelajar ditahan di IPD Pekan kira-kira 1.30 pagi tadi untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147/507D Kanun Keseksaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.