Pemilik restoran itu diberikan tempoh tujuh hari untuk membayar kompaun.

MPBK berkata, kompaun itu dikeluarkan semalam selepas pegawai Jabatan Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaannya menemui pemilik premis dan penganjur program bagi mendapatkan penjelasan.
“Pertemuan itu bertujuan menyiasat serta memberi penjelasan mengenai kesalahan yang dilakukan penganjur, khususnya di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Kelantan) 2025.
“Beberapa kompaun lain turut dikeluarkan terhadap pemilik premis kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019,” katanya dalam kenyataan.
Jika pemilik restoran itu gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari, tindakan pendakwaan akan diambil mengikut undang-undang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.
MPKB menegaskan penguatkuasaan akan diperkukuhkan terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar undang-undang dan syarat pelesenan bagi memastikan setiap aktiviti hiburan serta perniagaan dijalankan mengikut peraturan. - fmt

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.