`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, July 9, 2026

JPPM dah lulus tukar nama, logo Wawasan, kata Hamzah

 Presiden Parti Wawasan Negara berkata pindaan undang-undang parti itu turut disahkan JPPM berkuatkuasa 6 Julai lalu.

hamzah zainudin
Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin berkata jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu dalam PRN Negeri Sembilan akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat Perikatan Nasional. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin mengesahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan pertukaran nama, logo, dan pindaan undang-undang parti itu.

Hamzah berkata, kelulusan tersebut berkuat kuasa 6 Julai lalu dan dimaklumkan melalui surat rasmi daripada Ketua Pengarah JPPM, Zulfikar Ahmad bertarikh 7 Julai.

Menurutnya, kelulusan itu melibatkan empat perkara utama termasuk penukaran nama, alamat, pindaan undang-undang di bawah Seksyen 11, serta kebenaran menggunakan bendera dan lambang parti di bawah Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966.

“Sebelum ini, apa yang kita gunakan adalah berdasarkan keputusan mesyuarat agung luar biasa parti, jadi ia tidak salah cuma baru sekarang mendapat pengesahan rasmi,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti hari ini.

Tambahnya, jumlah keahlian rasmi yang mendaftar awal dijadualkan akan diumumkan secara terperinci pada 2 Ogos depan.

Wawasan adalah penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia yang diluluskan dalam mesyuarat khas perwakilan sebelum ini.

Sebeluam ini, Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) mendakwa mereka telah meluluskan pindaan untuk menukar nama parti kepada Parti Wawasan Rakyat, sekaligus berpotensi menimbulkan isu dengan parti baharu Hamzah itu.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata penglibatan parti itu dalam PRN Negeri Sembilan akan diputuskan selepas mesyuarat rasmi bersama jawatankuasa pusat Perikatan Nasional (PN).

Katanya, mesyuarat itu akan memperincikan jumlah kerusi dan calon parti itu yang akan bertanding.

“Secara amnya, kita sudah pun memulakan perbincangan dengan mereka. Cuma saya tidak boleh mengesahkan sehinggalah kita mengadakan mesyuarat sebenar dalam PN.

“Saya bukan seorang yang gemar membuat pengumuman (kerusi dan calon) terlalu awal sebelum mendapat persetujuan rasmi daripada konsensus jawatankuasa gabungan,” katanya.

Hari pengundian PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 1 Ogos, manakala hari penamaan calon ialah pada 18 Julai dan pengundian awal akan berlangsung pada 28 Julai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.