`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Saturday, October 3, 2026

Doktor ke Sabah, Sarawak boleh tuntut elaun pindah penuh, kata KKM

 Kementerian mahu pastikan cabaran kewangan tidak lagi jadi beban petugas kesihatan yang menerima penempatan rentas wilayah.

doctor
Kementerian Kesihatan berkata isu tuntutan kos perpindahan itu diselesaikan sepenuhnya bermula dengan pegawai lantikan tetap kohort 2025.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan tuntutan elaun perpindahan penuh bagi memudahkan penempatan pegawai perubatan ke Sabah serta Sarawak.

KKM berkata, kelulusan itu antara inisiatif strategik kementerian demi memastikan cabaran kewangan tidak lagi menjadi beban petugas kesihatan yang menerima penempatan rentas wilayah.

“Menerusi kelulusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), isu tuntutan kos perpindahan ini diselesaikan sepenuhnya bermula dengan pegawai lantikan tetap kohort 2025.

“KKM juga berjaya memastikan kelulusan manfaat yang sama diteruskan untuk lantikan 2026 dan seterusnya. Inisiatif berterusan ini bukti komitmen kerajaan dalam menghargai pengorbanan bakti mereka,” katanya menurut Berita Harian.

Penjelasan itu dibuat susulan tular di media sosial mengenai dakwaan sejumlah doktor berdepan kekangan melapor diri ke Sabah dan Sarawak kerana mendakwa dinafikan hak membuat tuntutan kos berpindah.

Menurut kenyataan itu, manfaat itu juga selari dengan 20 Inisiatif Kerajaan Madani Untuk Kesejahteraan Petugas KKM, iaitu pegawai bertukar status tetap layak membuat tuntutan elaun perpindahan penuh.

Dalam perkembangan lain, KKM memaklumkan isu kekurangan doktor dan ketidakseimbangan penempatan pegawai perubatan di kemudahannya mampu ditangani selepas kementerian diberikan kuasa autonomi oleh JPA mengurus serta mengagihkan sendiri perjawatan.

“Melalui langkah penting ini, masalah itu dapat dikurangkan secara berfasa. Kerajaan turut mengambil beberapa langkah jangka panjang termasuk menawarkan pelantikan tetap kepada 4,500 pegawai perubatan kontrak pada tahun ini,” katanya.

Selain itu, KKM mewajibkan pegawai perubatan kontrak yang menerima lantikan tetap untuk memilih sekurang-kurangnya satu penempatan di Sabah, Sarawak atau Labuan menerusi penambahbaikan sistem ePlacement bermula tahun lalu.

“Sementara itu, tempoh menunggu penempatan bagi program latihan siswazah perubatan turut dipendekkan kepada dua bulan, berbanding lebih 10 bulan sebelum ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.