Formula 1 kembali ke SIC selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017.

Turut berangkat anaknya Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Keberangkatan baginda disambut Pengerusi SIC, Anita Azrina Abdul Aziz.
Dalam lawatan itu, baginda berdua diperkenalkan kepada Prinsipal Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG Petronas F1 Team serta Ketua Mercedes-Benz Motorsport, Toto Wolff.
Baginda turut berkesempatan mengikuti pelbagai aktiviti di F1 Paddock Club, termasuk sesi latihan F1.
F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 berlangsung dari 2 hingga 4 Okt di litar sepanjang 5.543km itu, dengan perlumbaan utama dijadualkan pada Ahad membabitkan 56 pusingan.
Selain F1, acara berkenaan turut menampilkan Formula Trophy Malaysia sebagai perlumbaan sokongan yang menghimpunkan 22 pelumba muda antarabangsa.
Formula 1 kembali ke SIC selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.