`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 28, 2013

UMNO TIDAK TERLIBAT DENGAN IC PROJEK






TIMBALAN Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said menyifatkan mereka yang terlibat dengan IC PROJEK adalah pengkhianat kepada negara dan wajar dihukum menurut undang-undang. Beliau turut menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dengan IC Projek, namun jika ada individu UMNO yang terlibat, maka hukuman yang setimpal wajib dikenakan terhadap mereka. Saksikan Videoklip yang memaparkan pengakuan ikhlas Salleh demi kepentingan rakyat Sabah setelah Perdana Menteri mempunyai iltizam yang tinggi untuk mengatasi masalah PATI dan IC Projek melalui penubuhan RCI Sabah. Salleh sebelum ini begitu lantang menyuarakan isu pendatang asing dan kad pengenalan projek sebagaimana yang direkodkan dalam buku 007 Lelaki Malaysia Terakhir dan IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir. Saksikan pengakuan jujur beliau yang menyerlahkan kebenaran tanpa selindung. - Sabahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.