MOTIF.....Apa motif Salleh Kalbi menyerahkan 'Poster' kepada pemimpin UMNO akar umbi di setiap perjumpaan yang dianjurkan gurkhanya setelah UMNO Silam memboikot segela aktivitinya.
Saudara Pengarang,
AHLI Parlimen Silam paling kontroversi di Malaysia, Haji Salleh Kalbi kerana dikenali sebagai 'pejuang UMNO yang berani menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Kereta Terpakai'; malah mempunyai kes rasuah dan skandal paling banyak di Silam; baru-baru ini mula mengedarkan 'Poster' Pilihanrayanya kepada Ahli UMNO Silabukan dan mengesahkan dirinya kekal calon UMNO di Parlimen Silam.
Sebagai pemilih berdaftar, saya agak terkilan dengan pemimpin UMNO di Silam kerana sejak sekian lama semua calon Parlimen Silam ialah calon import; majoritinya daripada Semporna; malah salah seorangnya daripada Cocos Island, Australia.
Politik 'Sabun' di Silam nampaknya tidak membawa kelebihan kepada pemimpin UMNO tempatan kerana kebanyakan Ketua Cawangan UMNO adalah 'Fixed Deposit' yang mendapat IC Projek Mahathir sehingga tidak mungkin bagi anak tempatan untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin; melainkan mampu menawarkan wang atau melalui jalan culas seperti Datu Nasrun Datu Mansur.
Rekod buruk Nasrun, Datuk Suhaili Said, Datuk Samsu Baharun, Salleh Kalbi, Askalani Abdul Rahim, Datuk Haji Mohd Yusof Apdal dan beberapa nama yang disebut-sebut seperti Datuk Matusin Sunsang, Datuk Yusof Serangit, Datin Maizatul Akmam dan sebagainya gagal melepasi tapisan SPRM.
Hanya Ketua Wanita UMNO Silam, Hajjah Saleha sahaja calon tunggal yang masih berada dalam tapisan SPRM, namun Cawangan Khas menolak pencalonan beliau atas beberapa sebab yang hanya diketahui mereka.
Sehubungan itu, Salleh mula syok sendiri sekalipun isterinya mungkin dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan di hadapan Panel RCI kerana memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan MyKad Malaysia walaupun lahir di Filipina.
Salleh yang menggunakan ijazah 'PhD' palsu dan masih menggunakan gelaran 'Dr' semakin ligat mempromosikan dirinya melalui Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia setelah menjual beberapa tokoh Illanun agar Najib mengekalkan beliau sebagai calon UMNO di Parlimen Silam sekalipun beliau sedar tidak memegang sebarang jawatan dalam parti atau BN.
Jika Salleh dikekalkan, nampaknya kerusi Parlimen Silam dan Tungku, Kunak dan Lahad Datu akan terlepas kepada pembangkang. Bukan kerana pembangkang kuat, tetapi rakyat muak melihat 'permainan politik kotor' Salleh sejak menjadi Ahli Parlimen Silam dan pembelotan di kalangan pemimpin UMNO.
Sehubungan itu, Najib dan Musa Aman wajar meneliti isu calon di Parlimen Silam kerana rakyat mahukan calon yang berkaliber dan bukannya bermasalah atau dipaksa menerima 'pemimpin Nasi Basi' atau 'Ikan Basung'.
Salam Hormat,
ABD KARIM A.R
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.