`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 28, 2013

Bik Mama ‘diserang’ siswi UKM,cabut lari kot pintu belakang...


Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang. 

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.


Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.


“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.-harakahdaily

UKM students 'welcome' Rosmah with placards




 Tian Chua, Mat Sabu & 12 lagi dibebas tuduhan sertai Bersih 1.0...

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ahli Parlimen (MP) Batu, Tian Chua dari tuduhan menyertai himpunan Bersih 1.0 pada 2007.
Dibebas sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan 12 lagi yang lain.Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

bersih-tianchua

Tian yang juga Naib Presiden KEADILAN dalam twitternya berkata, dua lagi individu, MP Padang Serai, N Gobalakrishnan dan seorang lagi Mohamad Harith Fathillah didapati bersalah kerana menyertai perhimpunan haram dan enggan bersurai. 

Mereka dituduh menyertai perhimpunan berkenaan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengahari dan 4 petang pada 10 November, 2007.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan, dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4) (a) Akta Polis 1967.

Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.-keadilandaily

 

 Tian Chua, Mat Sabu and 13 others freed of illegal assembly charge...

The Kuala Lumpur Sessions Court has acquitted PKR vice-president Tian Chua, PAS deputy president Mohamad Sabu and 12 others of participating in an illegal assembly during the Bersih rally in 2007, and refusing orders to disperse.

However, another two accused of the same charge, identified as Muhd Harith Fathillah Shahbudin and Padang Serai MP N Gobalakrishnan, were found guilty.

PAS party organ HarakahDaily quoted Judge Jagjit Singh Bant Singh’s decision today, who said that he was satisfied with Mohamad’s and Tian Chua’s testimonies and that there had been no impediment for them to submit the memorandum to the Agong during the protest.


NONEThe former, also popularly known as Mat Sabu (right), had reportedly told the court that he had the police’s permission to walk to the palace for the memorandum’s submission.

HarakahDaily also quoted Mohamad, who expressed regret over Gobalakrishnan’s and Harith’s conviction.

“What I want to say is, for any peaceful and unarmed rally, it is better that the attorney-general drops all such cases - whether old or recent - because the charging of such cases is no longer popular,” he was quoted as saying.

The report does not mention the penalty imposed for the two convictions.

A total of 17 people were initially charged for allegedly holding an illegal assembly and refusing to disperse during the Nov 4, 2007 rally at several places throughout Kuala Lumpur. However, one of them, Mohd Asri Ahmad, had since passed away in 2011.

Others who were also acquitted today are Mohd Salim Yeslam, Ahmad Razali Abd Rahman, Razali Abdul, Saleh Mohamad Tahir, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd Abi Salam Ariffin, Ishak Othman, and Mohd Zad Abdullah.

The remaining two were considered juveniles at the time of the offence.

The same judge had previously acquitted the group of the charges in 2010 without ordering them to enter defence.

However, this was overturned when the prosecution appealed to the High Court, which ordered to group to return to the Session’s Court to enter defence. The accused’s appeal to the High Court’s decision was then turned down by the Appellate Court.-malaysiakini




cheers.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.