`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, February 28, 2013

Lima parti Pakatan dalam PRU13


APS dan PPPS, dua parti komponen baru dari Sabah selepas DAP-PAS-PKR akan dilihat sebagai bonus dalam strategi Pakatan Rakyat menawan lebih banyak kerusi di Sabah.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat kini sedia bekerjasama dengan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sebagai rakan baru mereka bagi mengukuhkan kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) 13 nanti.
APS dan PPPS, dua parti komponen baru selepas DAP-PAS-PKR akan dilihat sebagai bonus dalam strategi Pakatan Rakyat menawan lebih banyak kerusi di Sabah.
“Semasa PRU nanti calon APS dan PPPS akan diberi pilihan sama ada mahu menggunakan lambang DAP, PKR, atau PAS kerana parti itu masih belum dapat kelulusan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) lagi.
“Saya optimis Sabah akan jatuh ke tangan Pakatan…dalam sistem demokrasi dapat satu (kerusi) pun dikira menang, yang penting hak dan kepenting orang Sabah dipertahankan,” kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Azmin turut menegaskan, Pakatan kekal dengan keputusan untuk tidak meneruskan perjuangan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) kerana menganggap tuntutan Presiden Datuk Yong Teck Lee yang mahukan 40 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu sebagai tidak relevan sama sekali.
APS digerakkan ahli parlimen Tuaran Datuk Seri  Wilfred Bumburing selepas keluar dari BN Julai tahun lalu, manakala PPS pula diterajui ahli parlimen Beaufort yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin apabila memutuskan meletak semua jawatan dalam Umno dan keluar parti.
Manakala di Sarawak dan negeri di Semenanjung pula, Azmin berkata Pakatan akan kekal menggunakan tiket tiga parti utama itu dan masih belum membuat keputusan untuk menerima parti lain termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Belum putus nasib PSM
“Masa terdekat ni untuk PRU13 masih lagi gabungan DAP-PKR-PAS namun kita masih harapkan kerjasama yang baik dengan PSM dan parti lain untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Walau bagaimanapun menurut Azmin, dalam jangka panjang Pakatan tetap mengambil sikap terbuka menerima kehadiran parti lain asalkan mereka bersetuju menyatakan komitmen untuk menerima dasar Pakatan yang telah digubal bersama.
“Dalam jangka panjang memang ada perancangan nak gabung, kita akan lihat situasi politik ketika itu,” katanya.
Sementara itu, Azmin berkata sehingga kini 98 peratus isu pembahagian kerusi antara parti Pakatan Rakyat telah ditetapkan dan yakin akan selesai sepenuhnya dalam minggu ini.
Katanya, mesyuarat tertinggi Pakatan yang akan bersidang minggu ini akan memuktamadkannya bagi membolehkan parti masing-masing fokus kepada proses pemilihan calon.
“Pertindihan kerusi sekarang ditahap minimum. Di Perak tinggal satu, dua di Pahang, dan mungkin tiga atau empat lagi di Johor,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.