`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 27, 2013

Al-Kisah: Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
 
Saya nak makan nasi lemak, 
beras dibeli dari siapa? - BERNAS!!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0. 
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli  air dari Aliran Ihsas Resources, 
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula! 
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. 
MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya! 

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! 

Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary !

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. 
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la... naik motor! 

Motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton. 

Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. 

Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat. 

Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kereta kena ada insurans coverage. 

Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance! 
Uni Asia Insurance milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM. 

Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang! 

Landasan keretapi siapa buat? = MMC. 
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor! 

Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. 

Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas. 
Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port. 

Johor Port milik siapa? = MMC. 
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok la... I orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC. 

MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! 

Duduk rumah, hantar surat sahaja! 
Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! 
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tahniah Tan Sri, You earn this all, on your own!! 

Malaysia is not Malaysians anymore, its YOURS!! Entirely yours!

Kerajaan Rakyat mula berkenalan dengan Syed Mokhtar sekitar 1989 di Johor Bahru semasa beliau baru-baru berusaha untuk merapatkan dirinya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu adalah Menteri Besar Johor dengan tujuan untuk mengambil-alih Johore Port. 

InsyaAllah, Kerajaan Rakyat akan titipkan kisah pertemuan pertama saya sekitar akhir July 1989 di Johor Bahru dengan insan bernama Syed Mokhtar Al Bukhary yang hari ini bergelar Tan Sri, bertarafmulti billionaire ! Kali terakhir saya bersembang dengan Syed Mokhtar sekitar bulan Ramadhan 2007 bersama Syed Omar Abdullahsahur di restoran Mamak  di Bangsar! - Mohd Sofi Yassin.

- Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.