`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 28, 2013

Tarif elektrik lebih rendah di bawah Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat akan menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat apabila sistem monopoli dihapuskan.
Penawaran ini disebut dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancar semalam.
Ia terkandung di bawah paksi kesejahteraan rakyat pada muka surat 23 dokumen manifesto itu.
×
Dokumen itu menyatakan, setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.
“Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) pada harga tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, tetapi caj elektrik naik,” kata dokumen itu.
“Kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya,” dokumen itu dipetik.
Manifesto yang diumum di Pusat Konvensyen Shah Alam itu memfokus empat paksi utama, iaitu rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46016
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.