`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 27, 2013

TG Nik Aziz terima BR1M?.. Pencacai UMNO Kantoi lagi!!



Gambar diatas telah disiarkan oleh sebuah Blog Pro UMNO dengan tujuan memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya TG Nik Aziz juga adalah seorang penerima BR1M..

Oleh itu beliau menganggap TG Nik Aziz juga wajar digelar sebagai binatang kerana menurut pencacai UMNO itu TG Nik Aziz telah menganggap penerima BR1M sebagai binatang.

Malangnya cubaannya untu memperbodohkan rakyat Malaysia akhirnya telah menyerlahkan kebodohan  kebodohan dirinya sendiri..

Baca dulu apa yang ditulisnya tentang gambar yang disiarnya itu..

Apa cer ni beb? Bila dia dapat tak apa pulak nak ambil? Ini bukti dia hanya pentingkan diri sendiri. Melarang ahli-ahli dengan memburuk-burukan penerima BR1M tapi dia ambil tak apa pula?

Video ini menajdi bukti bagaimana Nik Aziz menghina para penerima BR1M sebagai ayam dan lembu malahan orang PAS yang menerimanya turut terpalit sama. Sebagai seorang yang kononnya arif ilmu agama, mengapa mesti kata-kata penghinaan sebegitu digunakan?

Hanya kerana bantuan kerajaan dia sanggup menyatakan sebegitu rupa. Semoga Allah betulkan minda Nik Aziz dari terus ditenggelami sifat politiknya yang bertopengkan syaitan.

Kena ingat ya yang menerima wang BR1M adalah mereka yang berpendapatan rendah. Orang susah dapat duit terus disamakan dengan binatang. Jahanam punya orang tua!

K7L : Nak maki Keris?..baik maki Nik Aziz sebab dia maki orang susah boleh..


Kebodohannya yang pertama ialah meskipun beliau menyokong UMNO/BN beliau sendiri tidak tahu kriteria yang membolehkan seseorang itu menerima BR1M.

Dimana syarat utamanya yang melayakkan seseorang menerima BR1M itu ialah pendapatannya seisi rumah sebulan kurang dari RM3,000.

Manakala kebodohannya yang kedua ialah menyerlahkan sifat bodoh yang ada dalam dirinya dalam menggunakan aplikasi photoshop..

Jelas kelihatan pada gambar tersebut ianya telah di edit..

Kebodohannya yang ketiga pula ialah beliau menganggap semua rakyat Malaysia bodoh sepertinya bila meng'edit' gambar yang mudah ditemui melalui Google..

Tengoklah betapa bodohnya dia..


Apalah malang nasib Najib.. ada cybertrooper pun bodoh - bodoh belaka...

-ASD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.