`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 25, 2013

BN WAJAR TOLAK PERMOHONAN RUJUK SEMULA


Oleh: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Setelah Timbalan Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menolak permintaan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee agar diperuntukkan 40 daripada 60 kerusi DUN Sabah, dikhabarkan SAPP akan merujuk semula kepangkuan Barisan Nasional (BN).

Perkara ini bukan lagi rahsia kepada rakyat Sabah kerana sebelum ini diwar-warkan bahawa Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal sudah begitu lama 'menternak' Yong sebagai 'Rakan Jauh' BN kerana mnegharapkan agar SAPP kembali ke pangkuan BN; apatah lagi setelah Pakatan Rakyat menolak permintaannya.
Ketamakan SAPP dan Yong meminta jumlah kerusi begitu banyak sedangkan kerusi DUN di Sabah hanya diperuntukkan sebanyak 60 kerusi sahaja; seolah-olah menolak PKR bertanding di Sabah dengan Slogan 'Sabah Untuk Rakyat Sabah'.

Menurut Azmin, jika 40 kerusi diserahkan kepada SAPP, bagaimana pula dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP termasuk APS dan PPPS?

Mungkin Rakyat Sabah masih ingat lagi peristiwa hitam yang melanda BN Sabah apabila Yong dikhabarkan meminta jawatan Menteri di peringkat persekutuan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri?

Oleh kerana permintaannya tidak dilayan oleh Perdana Menteri kerana tidak mengikut kriteria, Yong lantas merajuk dan keluar daripada komponen BN secara mendadak.

Yong mengambil tindakan drastik membawa SAPP keluar daripada BN pada 17 September 2008 tanpa memikirkan kepentingan orang lain sehingga beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen menjadi kelam kabut; menghadapi kesusahan akibat tindakan terburu-buru Yong yang berakal pendek.

Berikut sedutan akhbar tempatan pada 17 September 2008;

SAPP KELUAR DARI BARISAN NASIONAL.

MAJLIS Tertinggi SAPP yang bermesyuarat hari ini, bagaimanapun memutuskan bahawa ia tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan yang kecewa dengan keputusan itu, telah meninggalkan mesyuarat tersebut.

Katanya beliau akan meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastrukrut Negeri.

Dalam pada itu SAPP mempunyai dua ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri.

Dua ahli parlimen SAPP ialah Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau). Manakala Adun pula terdiri daripada Tan (Tanjong Papat), timbalan menteri kewangan negeri, Melanie Chia (Luyang), Au Kam Wah (Elopura) dan Liew Teck Chan (Likas).

Menurut Tan, beliau belum lagi memutuskan sama ada akan keluar dari parti itu, tetapi berkata, Au yang juga Ketua Pemuda - yang tidak menghadiri mesyuarat hari ini - telahpun meletakkan jawatan.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar pada jam 4.30 petang selepas mesyuarat MT tersebut.

"BN telah hilang kuasa moralnya untuk memerintah. Jumlah majoriti di Parlimen tidak bermakna jika rakyat tidak lagi menghormati anda," katanya.

"Ahli-ahli SAPP yang memegang pelantikan politik dalam kerajaan mesti melepaskan jawatan mereka dengan memberi notis sewajarnya mengikut perlembagaan dan peraturan serta aturan yang berkaitan, bermula di peringkat kabinet," katanya.

Reaksi

Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam reaksinya, berkata sudah sewajarnya SAPP meninggalkan BN kerana mereka merupakan masalah di dalam parti.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata SAPP disifatkan sebagai `pengacau' dan pemergian mereka harus dibiarkan.

"Mereka merupakan masalah dalam parti. Dia pengacau, biar dia pergi, tak apa," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Manakala Najib pula berkata keputusan SAPP sememangnya sudah dijangka sejak awal dan bukan sesuatu yang mengejutkan.

Katanya parti itu,sebenarnya mengharapkan agar mereka diusir oleh BN, tetapi telah bertindak terlebih awal sebelum sebarang keputusan mengenainya.

"Ini bagaimanapun tidak menggugat BN dan kita tidak perlu membuat apa-apa 'post mortem'," katanya.

Inilah antara petikan berita bernama dan Malaysiakini untuk tatap para pemarhati dan politik atas pagar.

Sehubungan dengan perkembangan mutakhir ini, Ketua Cawangan UMNO Jalan Panglima Adam, Karamunting, Jafar Mustafah menyifatkan tingkah laku Yong sebagai pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap dan suka mengambil kesempatan apabila SAPP dalam kesempitan.

"Sebagai Ahli UMNO dan pengundi tegar BN, saya minta pucuk pimpinan tertinggi UMNO supaya jangan menerima SAPP untuk kembali semula kepangkuan BN kerana ada beberapa faktor untuk menolak SAPP dan kita tidak mahu ada ahli BN yang menjadi duri dalam daging dan musuh dalam selimut," kata Jafar yang menyifatkan SAPP seperti lalang ditiup angin.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS), Dato Seri Mohamed Jeffry Rosman berpendapat Yong bukan seorang pemimpin yang baik kerana suka meminta sesuatu di luar kemampuan BN dan apabila permintaannya ditolak, lantas merajuk lalu keluar BN.

"Sebagai penyokong kuat UMNO dan pengundi setia BN, saya menggesa agar Presiden UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah tidak menerima permohonan SAPP merujuk kepada BN kerana yakin BN mampu merampas kembali kerusi daripada tangan DAP," ujar Jeffry yang melihat SAPP hanya parti itik tempang.

Katanya, Jika UMNO dan BN masih menerima SAPP sebagai rakan BN, maka seolah-olah BN menolong anjing yang tersepit kerana walaupun ditolong masih mahu menggigit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.