`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 26, 2013

Kenyataan Paling BODOH Dari Ali Rustam.. Bacalah!!


MELAKA, 25 Feb — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) menyifatkan manifesto pilihan raya umum ke-13 pakatan pembangkang sebagai lemah dan tidak menarik.

Beliau berkata janji-janji dalam manifesto bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ tersebut sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi. “Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebaliknya beliau berkata pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN.

“Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru. Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi,” katanya

Dalam pada itu, Mohd Ali yakin pembangkang juga tidak mampu melaksanakan segala janji yang dibuat berdasarkan rekod mereka memerintah beberapa negeri.

“Warga emas RM1,000 dijanjikan pada pilihan raya dulu dan pelajar tadika dapat elaun tetapi tidak ditunaikan,” katanya.

Sementara itu di GEORGE TOWN, Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang (BN) hari ini menyifatkan janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan.

Timbalan Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata, antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain.

“Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, janji-janji karut itu dibuat kerana pakatan pembangkang kini tertekan dengan kejayaan program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ditambah dengan kerja keras BN yang dapat melaksanakan semua janji-janji.

Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad ahli DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapatkan tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Shaik berkata pakatan pembangkang seharusnya melaksanakan terlebih dahulu kesemua manifesto itu di setiap negeri yang ditadbir mereka bagi menunjukkan kemampuan mereka dalam menepati semua janji itu.

Sementara itu, Ketua Biro Penerangan BN negeri Tan Cheng Liang berkata rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan.

Beliau menyifatkan manifesto itu sebagai retorik dan percaya kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan.

“Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan. Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua,” katanya.

Tan yang juga Ketua Wanita MCA berkata rakyat kini semakin bijak untuk menilai parti mana yang benar-benar ikhlas menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.~bernama

Addin :

Sejak bila Umno BN laksanakan sepertimana manifesto PR ni? Ali Rustam dan bodohkan siapa ni? Atau Ali Rustam membodohkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.