Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan berbesar hati menyambut kepulangan P.Balasubramaniam (PI Bala). Beliau dijangka sampai ke Malaysia pada 24 Februari ini jam 6.00 petang dan SAMM mengajak orang ramai turut bersama menjemput PI Bala di KLIA.
PI Bala telah menghilangkan diri secara misteri selepas menukar pengakuan bersumpahnya dan muncul beberapa kali di media alternatif membuat pendedahan sensasi yang membabitkan nama besar sebelum ini. Kepulangan PI Bala bakal menghurai segala kecelaruan yang menyelubungi kes pembunuhan Altantuya khususnya.
PI Bala adalah susuk yang penting kerana beliau merupakan orang yang terakhir bertemu Altantuya sebelum kematiannya yang penuh tragis.
Justeru, SAMM dalam masa terdekat akan menyediakan ruang dan pentas berskala besar untuk PI Bala memberi penerangan dan penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
-addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.