`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 23, 2013

POLIS TUTUP KES ROGOL MAFIA CPO?



LINDUNGI.....Kenapa Inspektor Ronny (kiri) melindungi segala kesalahan trafik termasuk mengangkut CPO curi yang dilakukan Asdar (tengah) selama ini? Manakala Tabari (kanan) telah datang ke Balai Polis untuk membuat laporan tetapi polis memujuk beliau agar menikahkan anaknya dengan Asdar?

Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
TINDAKAN 'Mafia CPO' Sufriandy Suparlan @ Asdar membuat penafian di artikel bertajuk 'Mafia CPO Tampil Membuat Penjelasan' bukan menyelesaikan masalah, malah isu jenayahnya semakin ketara dan terbongkar; apatah lagi menggunakan MyKad orang Jawa sedangkan dirinya sah Bugis dari Bulukumba.

Jabatan Pendaftaran Negara sewajarnya mengarahkan Sufriandy menjalani ujian DNA dengan 'Suparlan' (tukang sapu di Hospital Tawau) jika benar Mafia CPO ini benar berbangsa 'Jawa' sedangkan hampir semua yang mengenalinya, tahu identiti sebenarnya sebagai 'Bugis Bulukumba'.
Selain melakukan jenayah mencuri, mengebom kereta dan mencederakan orang, Asdar pernah melakukan jenayah berat kerana merogol adik sepupunya, iaitu salah seorang anak Tabari, sehingga melahirkan seorang anak perempuan yang kini berumur 7 tahun. Kejadian rogol berlaku di Lahad Datu.

Kali ini mungkin agak sukar Asdar melepaskan diri kerana DNA nya terkunci rapi pada Cucu Tabari hasil jenayah rogolnya yang tersimpan rapi sejak 7 tahun lalu.

Ketika Tabari datang ke Balai Polis kerana hendak membuat laporan polis, beliau dihalang polis kerana Asdar yang sanggup 'bernikah' dengan mangsa (sepupu). Mereka menjalani pernikahan olok-olok yang dilakukan Ustaz Sudirman di Kg. Panji Lahad Datu.

Mangsa masih digantung tidak bertali kerana pernikahan hanya helah Asdar untuk menyelamatkan diri daripada tuduhan merogol atas bantuan khidmat nasihat rakannya di PDRM.
Paparazzi berjaya menemui mangsa rogol yang kini menetap di Ladang Bukit Mas dan bekerja sebagai Kerani (tinggal bersama anaknya), namun tidak dapat menyiarkan gambar mereka disebabkan Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Mangsa mengakui memang dia dirogol Asdar tetapi terpaksa reda dan mendiamkan perkara ini kerana tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Asdar; malah takut akan dipukul oleh Asdar dan rakan polisnya jika meneruskan niat bapanya untuk membuat laporan polis.

Dalam pada itu kenyataannya di Sabahkini.net, Mafia CPO menafikan beliau terlibat dalam jenayah mengebom kereta D'Max Pengurus Ladang Permai, Saravanan; namun kejadian berkenaan benar-benar berlaku di hadapan Cendol Cafe milik Saravanan oleh orang suruhan Asdar; setelah mengetahui Saravanan mahu menamatkan kontrak membekalkan hardware yang dijalankan syarikat 'Afford General' milik Asdar disebabkan harga yang ditawarkan terlalu tinggi.

Bagi kes menampar pegawai Kilang Ladang Permai pula, memang ada laporan polis dibuat dan perkara ini disahkan sendiri oleh OCPD Lahad Datu bahawa Punithan Tanashingam ada membuat laporan.

Tetapi memandangkan pada masa tersebut Asdar telah memanggil Punithan Tanashingam dan ditemani oleh arwah Jamrin (ketua Suku Kaum Idahan) maka oleh kerana terlalu takut dengan keselamatannya, maka laporan polis terpaksa ditarik balik dan rundingan tersebut berlaku di Restoran Rumpun Selera di Sri Perdana.

Selain kes yang dilaporkan sebelum ini, Paparazzi mendapati pada 2008, Kilang KLK di Jalan Kastam Baru Lahad Datu telah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu berhubungan kes kehilangan lori tangki minyak CPO.

Sebaliknya, Inspektor Rony (sebagai Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam) telah sedaya upaya menyembunyikan semua kes kesalahan trafik yang dilakukan oleh Asdar sekalipun kebanyakan kenderaan tidak mempunyai cukai jalan dan insuran.
Pada 2010 pula Asdar mencuri lagi minyak CPO dari Felda Balkers yang terletak di Jalan Kastam Baru serta melarikan dua buah lori tangki CPO yang melibatkan pemandu serta pekerja Kilang Felda.

Kes jenayah ini disiasat oleh Inspektor Shahrulzaman, namun sehingga kini fail kes tersebut disimpan kerana telah berjanji dengan Asdar bahawa semua maklumat kes curi minyak tersebut tidak akan dibuka semula sehingga kiamat; melainkan jika Asdar lupa menghantar wang ketika sedang gian bermain jackpot.

Mengikut siasatan Paparazzi, Inspektor Shahrulzaman, Inspektor Rony dan Insp Mutalib adalah penyangak besar dan perlu disiasat hubungan mereka dengan Asdar kerana berjaya hidup mewah hasil sogokan Asdar.

Dalam pada itu, Tabari mengakui tidak mempunyai pilihan terpaksa bersetuju dengan cadangan Asdar menikahi anaknya kerana menyedari polis tidak akan menjalankan siasatan; apatah lagi ibu Asdar bersaudara dengannya.



GEMBIRA......Inspektor Sharulzaman sedang menyanyikan lagu 'Kantungku Selalu Penuh' kerana melindungi kegiatan haram Asdar.

Paparazzi berjaya menemui Tabari di Lahad Datu baru-baru ini dan beliau mengaku bahawa Asdar merogol anaknya dan membuat keputusan untuk membongkar semula kes rogol ini setelah ditutup sejak 7 tahun lalu jika Pegawai Polis Bukit Aman bersedia menjalankan siasatan kerana tidak percaya ketelusan Polis Lahad Datu.

Kata Tabari, beliau tidak berniat untuk melibatkan pegawai polis di Lahad Datu yang selama ini bersubahat dengan jenayah yang dilakukan Asdar, namun merasakan tiba masanya setelah isu ini dihidu media.

Sebentar tadi, Paparazzi mendapat khabar bahawa Asdar telah memukul bekas pemandunya, Ibrahim, sehingga cedera dan kini berada di Hospital Lahad Datu untuk pemeriksaan, namun kita tunggu apakah tindakan polis selanjutnya kerana laporan telah dibuat.

Dalam hal berkaitan, sewajarnya SPRM turun padang menyiasat segala aktiviti Asdar dan perlindungan yang ditawarkan mereka kepada Asdar sehingga jenayah semakin meningkat di Lahad Datu.


SPRM juga sewajarnya menjalankan siasatan berganda terhadap Pegawai MPOB yang turut sama bersubahat dengan Asdar dan selama ini menutup mata di atas segala jenayah yang dilakukan Asdar selama ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.