ALOR SETAR - Tak tahu malu! Bermula dengan aksi ringan-ringan sehinggalah babak panas, beberapa pasangan kekasih dilihat tidak segan silu berpelukan di tempat awam.
Begitulah aksi yang dapat dilihat di Taman Jubli Perak yang juga dikenali sebagai Taman Rimba, dekat sini.
Pengunjung dikenali sebagai Musa, 58, berkata, dia sendiri malu apabila pernah menyaksikan sendiri beberapa anak muda melakukan aksi tidak senonoh ketika berjoging setiap petang.
“Sepatutnya, kawasan taman dijadikan lokasi beriadah seisi keluarga, namun pasangan kekasih ini dilihat tidak kisah menjadikan gazebo dan pohon sebagai lokasi cinta mereka.
KENA ADA ORANG DOK PIE BUAT SERBUAN MACAM NIE KOT..!!
Rakannya Mohd Shukor Abd Thalib, 60, berkata, pengunjung terpaksa tutup mata sekiranya enggan melihat gelagat pasangan terbabit.
Menurutnya, waktu siang dan petang sekalipun sudah ada pasangan tidak segan silu buat aksi, apatah lagi malam.
“Rasanya, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sentiasa menjalankan pemantauan dan operasi, namun pasangan kekasih yang tidak mempedulikan tindakan tegas bakal dikenakan pada mereka,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.