Saturday, February 8, 2014
[BELUM LETAK JAWATAN LAGI] Najib telah Rakam Penghargaan Kepada Taib Mahmud
TAIPING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghargaaan kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas jasanya memimpin negeri itu.
Beliau berkata Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu telah membangunkan Sarawak ke tahap yang membanggakan.
"Saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Pehin Sri Taib. Beliau telah memaklumkan perkara ini terlebih dahulu kepada saya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Wisma Umno Bukit Gantang, pada Sabtu.
Beliau ditanya mengenai spekulasi bahawa Abdul Taib akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak tidak lama lagi.
Najib berharap pemimpin yang bakal menggantikan Abdul Taib dapat memastikanpengaruh parti itu terus utuh pada masa akan datang.
"Beliau telah meletakkan BN (Barisan Nasional) dan PBB sebagai parti yang unggul di Sarawak," katanya.
Di Kuching hari ini, Abdul Taib memberitahu media bahawa beliau akan membuat pengumuman penuh mengenai spekulasi persaraannya dua hari lagi.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi PBB.
Taib Buat Pengumuman Berhubung Persaraannya Dua Hari Lagi
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Sabtu berkata beliau akan membuat pengumuman penuh mengenai spekulasi berhubung persaraannya dua hari lagi.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak , beliau berkata tidak akan ada pilihan raya mengejut selepas pengumumannya untuk bersara.
"Tidak ada. Kami tidak mempunyai kejutan (bahawa pilihan raya tergempar akandiadakan) Parti telah memberikan saya petunjuk tertentu bahawa segala-galanya(selepas persaraannya) akan berjalan lancar. (Butiran lain) saya akan umumkankemudian pada masa yang sesuai," katanya.
Kenyataan itu datang hampir empat hari selepas Berita Harian dalam laporanmuka depannya melaporkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri akhir bulan ini.
Berikutan laporan berita itu, Taib tidak menghadiri tiga acara rasmi peringkat negeri yang menyebabkan spekulasi itu bertambah hangat.
Empat nama disebut-sebut sebagai bakal pengganti Taib bagi jawatan KetuaMenteri yang dipegang sejak 1981.
Mereka ialah timbalan presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, naibpresiden kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.
Bagaimanapun, dalam laporan akhbar hari ini, Effendi menafikan bahawa beliau akan menjadi pengganti dan tidak akan mencabar sebarang keputusan yang dibuat Taib mengenai siapa yang bakal dipilih menggantikannya.
Tiga lagi pemimpin yang nama mereka disebut-sebut setakat ini enggan mengulas berhubung spekulasi itu.
Bernama difahamkan bahawa satu lagi mesyuarat antara Taib dan semua wakil rakyat akan diadakan pada Ahad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.