`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 23, 2014

" Cerita Ini Ada Masuk TV3 Dan Utusan Ke Tidak ?? "





Inilah yang berlaku hari ini, sekiranya perobohan sesuatu penempatan atau kedai terlibat di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang terutamanya Selangor dan Penang maka cepatlah TV3 suku dan Utusan Meloya melaporkan kejadian sehingga berhari-hari. 

Tapi bila melibatkan negeri yang dijaga oleh BN maka senyap sunyilah lidak biawak UMNO ini. Telah banyak kejadian serupa ini yang mana DBKL merobohkan penempatan awam. Kononnya menjaga melayu tapi hakikatnya menghalau melayu. Masih tidak nampakkah lagi sikap media-media kawalan UMNO dalam membuat liputan.

Kes masih lagi belum mendapat keputusan mahkamah, tetapi pihak regim DBKL bertindak mahu meruntuhkan perumahan penduduk kampung tersebut, pampasan masih belum diterima oleh penduduk kampung. 

Lihat lah kezaliman regim terhadap rakyat marhaen untuk meruntuhkan rumah2 penduduk kampung dan merampas tanah penduduk kampung Chu Badak. lihat bagaimana regim menindas rakyat marhaen yang tidak berkuasa demi sedikit habuan dunia yang disogok oleh kapitalis kepada mereka. 

Nantikan balasan tuhan kerana akhirnya kamu wahai regim & konco2 kamu akan menjadi bahan tanah jua. kubur kamu & kubur kami sama jua, bezanya sama ada kubur kamu adalah taman syurga atau lubang neraka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.