`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 23, 2014

DEMI MENUTUP PEKUNG PEMIMPIN DAN KRONI UMNO, BERITA YANG PANAS INI DIHARAMKAN KELUAR MEDIA ARUS PERDANA (GAMBAR)

 


Piket ini sudah berlaku 2 hari yang lalu namun tiada satu media arus perdana menerbitkanya atau menghebahkannya sama ada di media cetak maupun media elektronik TV3, RTM dan Astro Awani.

Piket yang dilakukan oleh para pekerja Sayarikat Insuran Takaful Malaysia Bhd dengan kerja sama Kesatuan Sekerja Pekerja Perdagangan Semenanjung Malaysia atau National Union of Comercial Workers (Malaysia (NUCW) kerana kebajikan mereka telah diabaikan oleh pihak syraikat Insuran Takaful Malaysia Berhad dimana Lembaga Tabung haji yang dipengerusikan Oleh Ahli Parlimen Baling Dato' Azeez Rahim.

Omak Kau difahamkan syarikat berkenaan telah menarik balik kemudahan rawatan perubatan yang sedia ada iaitu suatu perkara asas yang cukup penting dalam menyediakan kebajikan kepada para pekerja.

Apa yang menyedihkan ialah syarikat untung berlipat kali ganda , tuan punya syarikat adalah Melayu/Bumiputera iaitu Lembaga Tabung Haji dan para pekerja/kakitangannya pula hampir 100% orang Melayu/Bumiputera beragama Islam.

Penindasan dan kezaliman ini akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan dalam masa terdekat dan selagi itu piket akan terus diadakan setiap minggi sehingga para pekerja dan kakitangan Melayu/Islam ini mendapat pembelaan dan keadilan.

SUMBER: http://omakkau.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.