`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 8, 2014

(Gambar) Lelaki maut dilanggar lalu terhumban dalam kereta dan jatuh di atas riba penumpang wanita

Mangsa terhumban melalui cermin hadapan kereta selepas dilanggar.
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Myanmar yang sedang melintas jalan maut, apabila dilanggar sebuah kereta secara tidak sengaja.

Lebih tragis apabila mangsa kemudiannya tercampak ke bahagian tempat duduk penumpang kereta yang melanggarnya.

Menurut jurucakap polis, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Chan Peng, 41, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sedang melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta di Jalan Cheras-Kajang, arah pusat bandaraya berhampiran Taman Miharja, kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.

"Sebuah kereta tidak sempat mengelak mangsa yang melintas jalan di laluan paling kanan dan kejadian berlaku hanya kira-kira 100 meter dari jejantas pejalan kaki.

"Sebaik dirempuh, mangsa tercampak ke arah cermin hadapan lalu terhumban ke dalam kereta, dengan bahagian kepala dan badan betul-betul jatuh di atas riba dan badan penumpang," katanya.

Penumpang, Vimala, 21, turut mengalami kecederaan di bahagian muka akibat terkena serpihan cermin kereta.

Pemandu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Katanya, kes membabitkan warga asing yang menemui ajal ketika melintas jalan sering berlaku dan kebanyakannya adalah warga Myanmar.

Saksi kejadian diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.