SELAMA aku hidup hampir 25 tahun di dunia ini, seingat aku, aku memang tak pernah beli kangkung. Sebab kalau nak makan kangkung, mak aku akan petik saja tepi rumah.
Jadi mak aku tak pernah suruh pergi pasar beli kangkung sebab boleh petik saja di sebelah parit tepi rumah.
Aku dapat tahu harga kangkung turun bila tonton video ucapan Perdana Menteri, Najib Razak yang meminta rakyat memuji kerajaan kerana harga kangkung sudah turun.
Jadi aku tak tahu, harga kangkung sekilo berapa ringgit di pasaran?
Sekeping gambar yang aku terima ini di laman sosial ini membuat aku tertanya, betul ke harga kangkung turun?
Difahamkan ketika ini harga kangkung RM7/kg. Adakah RM7/kg ini dikira murah dan turun harga?
Kalau RM7/kg ini harga selepas kangkung diturunkan, jadi sebelum ini harganya berapa? RM10/kg?
"Rasa macam nak meniaga kangkung pulak, laku ke?"
- milosuam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.