`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 22, 2014

" Jawi Sudah Mula Main Tarik Tali ??? Nak Cari Penganjur Forum Kassim Ahmad Pun Susah. Meh Baca Sini Aku Ajar Macam Mana Nak Buat "


Aku memang tak boleh blah betullah dengan JAWI ini bila baca keratan akhbar lidak biawak UMNO Berita Harian. Pertamanya Jawi kata tiada keperluan untuk memanggil Dr Mahathir kerana tiada kaitan dengan penganjuran Kassim Ahmad. Oklah fine kalau betul bukan Mahathir penganjur aku boleh terima. Tetapi apa tindakan JAWI bila Tun Mahathir keluar kenyataan siap ada video lagi menyokong kesesatan Kassim Ahmad?? apakah tiada tindakan. Kenapa bila melibatkan ajaran sesat dalam negara boleh pula bertegas sehingga menangkap habis para penyokong dan pengikut ajaran sesat itu. 

Mufti Pahang telah mengeluarkan kenyataan Kassim Ahmad telah terkeluar daripada Islam di atas kenyataannya, Mufti Perak pula menyatakan kehairanan kenapa Dr Mahathir boleh terpengaruh dengan kesesatan Kassim Ahmas sekaligus menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan Kassim Ahmad. Nampak ke tidak disini telah terbukti sememangnya Kassim Ahmad telah sesat. 

Keduanya, yang ini buat aku geli dengan Jawi ini. Kalau menurut JAWI penganjur belum diketahui sehingga hari ini, dan JAWI menasihatkan supaya orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi JAWI. Nampak ke tidak kebodohan JAWI disini, aku cukup heranlah benda kesesatan macam ini pun korang nak buat macam dengan kura-kura lembab dalam serba serbi. Apa yang susah sangat nak tahu siapa penganjur forum, PANGGIL KASSIM AHMAD SOAL SIASAT kan selesai masalah, Kassim Ahmad yang berceramah takkan Kassim Ahmad sendri tidak tahu siapa penganjur yang menjemputnya. 

Aku bosanlah dengan perangai ulama-ulama dalam pemerintah sekarang, jangan kerana tekanan dan ianya melibatkan orang kenamaan korang buat sambil lewa sahaja. Haram tetap haram, sesat tetap sesat, tidak kiralah ia melibatkan PM kah, Tok Guru Pas sekalipun yang sesat kenalah bertegas. Jangan jadi hamba harta dunia, takutkan manusia lebih daripada takutkan Allah. 

Kalau setakat keluar kenyataan tapi tidak ada tindakan baik tak payah kerana rakyat aku tengok lebih peka terhadap hal ini. Cuma pihak kerajaan saja yang kurang peka walaupun ianya melibatkan penghinaan terhadap Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.