`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 8, 2014

KERAJAAN UMNO/BN 1M'SIA NAJIB RAZAK MENERIMA TAMPARAN MAUT APABILA PENGERUSI HINDRAF P.WAYTHA MOORTHY LETAK JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN MENTERI BERKUATKUASA ISNIN INI.


Pengerusi Hindraf pun dah terasa dirinya di tipu oleh Najib Razak .. jenis pemimpin tidak tunaikan janji .. jenis pemimpin khianati MOU. .. Ini akan memberi kesan sokongan kaum India kepada UMNO/BN pada PRK Kajang dan juga PRU 14.

Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri ekoran kegagalan Putrajaya menunaikan janji kepada kaum India, sebagaimana yang dilaporkan The Star.


Memetik kata-kata Setiausaha Hindraf P Ramesh, The Star melaporkan peletakan jawatan Waytha sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berkuat kuasa pada Isnin.


Ramesh berkata, jawatankuasa pusat sebulat suara memutuskan Waytha meletakkan jawatan kerana kerajaan sengaja melengah-lengahkan janji bagi membantu masyarakat India.



"Kami sudah melakukan segala yang boleh – menandatangani perjanjian dengan musuh semata-mata demi kepentingan masyarakat India Malaysia yang miskin dan dengan kepercayaan bahawa Barisan Nasional akan memenuhi janji-janjinya.


"Kami berputus asa menanti saat itu menjadi kenyataan selepas lapan bulan mencuba," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.