KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta supaya menggunakan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berhemat, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Beliau berkata pemberian BR1M kepada rakyat adalah untuk meringankan beban mereka terutamanya semasa kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Harapan saya, wang BR1M ini digunakan dengan baik, contohnya dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera ataupun digunakan untuk membeli barangan rumah ," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program temu bual Ruang Bicara terbitan Bernama TV.
Mohd Irwan berkata lebih tujuh juta rakyat Malaysia dijangka untuk menerima wang bantuan tersebut.
Kerajaan telah menerima permohonan sebanyak 8.1 juta dan setakat ini, permohonan sebanyak 5.9 juta untuk isi rumah dan individu telah diluluskan dan bakinya masih diproses, kata Mohd Irwan. BR1M diagihkan bermula semalam.
Semasa ditanya mengenai rancangan kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah, Mohh Irwan berkata usaha kerajaan termasuk memperbanyakkan kursus latihan teknikal dan kemahiran semula untuk rakyat.
"Rakyat Malaysia yang ingin meningkatkan pendapatan mereka, mereka boleh memasuki program-program latihan yang khusus untuk meningkatkan pendapatan dan dapat pekerjaan yang memberi pendapatan tinggi," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.