`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 22, 2014

Menteri Cadang Buang Nama Bangsa Dari Semua Borang Rasmi Negara

Joseph Kurup

Joseph Kurup – Pic Malaysian Insider
Malaysia perlu buang perkataan bangsa dalam borang rasmi negara, kata Tan Sri Joseph Kurup. Gambar fail TMI
PUTRAJAYA: Sudah sampai masanya perkataan bangsa dibuang daripada semua borang rasmi di negara ini bagi membentuk satu identiti nasional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau berkata, sedih melihat rakyat Malaysia masih dipisahkan oleh bangsa dan agama selepas lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan.
“Mungkin sampai waktunya kita membuang keperluan untuk meletakkan bangsa dalam semua borang di negara ini.
“Tetapi ia terserah kepada ahli majlis yang lebih tahu apa yang hendak dicadangkan kepada kerajaan,” katanya ketika merasmikan dialog pertama Majlis Konsultatif Perpaduan Nasional (MKPN) yang pertama di negara ini.

Kurup yang juga menteri yang bertanggungjawab kepada perpaduan juga berkata, bila lagi rakyat mahu melihat diri mereka sebagai orang Malaysia, bukan atas nama bangsa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.