`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 23, 2014

Raub dan Saya.


My Photo
Saya mulakan artikel kali ini dalam bahasa Melayu untuk merungkai asal usul saya dan hubungan saya dengan Raub. Tujuan nya ialah untuk menerangkan kepada masyarakat Raub bahawa saya bukanlah orang asing yang disemai di Raub. Saya percaya ini semua rencana takdir. Saya kembali ke tempat asal usul moyang saya. Yang demikian, saya ini adalah benih orang Raub dan mempunyai tuntutan hak yang legitimate untuk berada di Raub. Saya harap mereka yang bersaudara dengan saya akan bersama sama saya untuk mengeratkan silaturahim.

Kerana itu saya merasakan amat tidak adil, jika saya mahu melakukan acara meningkat dan mengukuhkan silaturrahim sesama Melayu dan Islam di masjid2 dalam daerah Raub di sekat oleh Melayu UMNO. Amat tidak wajar jika saya mahu mengadakan aktiviti di masjid  dan surau mesti mendapat approval dari kumpulan tertentu. Saya ini tetap berbangsa Melayu dan saya menyembah Allah.

2 tahun yang lalu, tidak terlintas dalam kepala saya bahawa saya akan membina tapak politik di Raub. Maklum sahaja setelah dibuang dari Pekan, saya tidak terfikir akan bertanding di Raub atas tiket DAP pula. Saya mendapat semangat bila berjumpa dengan orang2 tua di Ulu Semantan, di Dong, di Sempalit, di Batu Talam yang meyakinkan saya bahawa sememang sudah dijanjikan bahawa saya akan menyambung usaha untuk membela bangsa di Raub.

Saya adalah keturunan jenerasi ke 6 dari orang Melayu yang berhijrah ke Raub dari Bilah Paning, Pagar Ruyong Sumatera Barat. Cakawari saya iaitu nenek atau datuk kepada moyang saya ialah Tok Shahrum atau Teuku Ali. Dia berasal dari Bilah Paning, Pagar Ruyong Sumatera Barat. Tok Shahrum atau Teuku Ali berhijrah ke Tanah Melayu pada awal kurun ke 19. Kita mesti faham, ini adalah perpindahan dari suatu bahagian dalam Nusantara Melayu ke suatu bahagian lain. Dunia Melayu ketika itu termasuklah kepulauan Indonesia.

Tok Shahrum dengan beberapa adik beradik, pengikut dan tokoh2 ugama mendarat pertama nya di negeri Perak. Kemungkinan besar dalam daerah Bidor Perak. Seorang atau beberapa orang adik nya dan pengikut serta guru agama menetap di Perak. Kerana itu, saya ada waris dan saudara mara dalam negeri Perak. 

Sementara itu, Tok Shahrum dan beberapa pengikut dan saudara maranya meneruskan perjalalanan ke Negeri Pahang. Mungkin tempat pertama ialah Pulau Tawar di Jerantut. Tok Shahrum kemudian nya menghilir lagi sampai ke Raub. Di Raub dia telah berkahwin dengan seorang wanita tempatan- yang kita kenali sebagai Siti Hajar atau Tok Dinar. Asal Tok Dinar ialah kampong Temau Raub. Tok Dinar merupakan cakawari perempuan saya disebelah ibu saya, Almarhum Hajjah Poziah bt Haji Muhammad.

Dengan isteri nya Tok Dinar atau Siti Jajar, Tok Shahrum mempunyai 5 orang anak. 2 anak perempuan bernama Ranting Emas dan Hajjah Maimunah. Ranting Emas, saya diberitahu dikebumikan di Ulu Temau. 3 anak lelaki pula ialah Rasu Abdul Salam atau di kenali sebagai Imam Perang Rasu atau Tok Gajah. Anak lelaki yang lain ialah Haji Mohamad Amin atau khatib Amin atau Imam Amin. Imam Amin ialah buyot saya sebelah ibu saya iaitu bapa kepada moyang saya, Hajjah Aminah binti mohamad amin. Adik lelaki bongsu Tok Gajah ialah Imam Mohamad Arif.

Saya adalah waris lansung Haji Mohamad Amin bin Shahrum. Isteri Haji Mohamad Amin yang pertama ialah Hajjah Banun yang berasal dari Ulu Semantan, Raub. Dengan Hajjah Banun, Imam Amin mempunyai seorang anak iaitu Hajjah Aminah. Hajjah Aminah berkahwin dengan Moyang lelaki saya iaitu Haji Abdullah Serban Hijau yang berasal dari Kelantan. Hasil perkahwinan dengan Hajjah Aminah , ada 2 anak- Haji Mohamad bin Haji Abdullah( iaitu datok sebelah emak saya ) dan Hajjah Jamilah. Hajjah Jamilah binti Haji Abdullah ialah ibu kepada almarhum Dato Shamsiah binti Abdul Hamid yang merupakan bonda kepada Tengku Asmawi bin Tengku Hussin. Tengku Asmawi ialah sepupu kepada DYMM Sultan Pahang sekarang. Saya tidak pasti (setakat ini) dimana tempat kelahiran Hajjah Aminah. Saya percaya di Temau lah juga atau di Ulu Semantan.

Demikian sedikit sebanyak pertalian saya dengan Raub.

Haji Mohamad Amin juga berkahwin dengan seorang wanita bernama Yang Jeliha berasal dari Burau, Tembeling. Dengan Yang Jeliha anak2 Haji Amin ialah Meriam, Leha, Teh, Kassim, Temah, Hajjah Chik dan Hajjah Busu. Isteri Haji Amin yang ke3 bernama Halimah berasal dari Kuala Kenong. Anak2 dengan Halimah ialah Awang dan Yusuf. Isteri Haji Amin yang ke4 ialah seorang bangsa Arab kerana Haji Amin tinggal di Makkah untuk pengajian agama. Di sama beliau berkahwin dengan seorang bangsa Arab bernamaHajjah Sinnah. Dengan Hajjah Sinnah mereka mempunyai seorang anak bernama Haji Mohamad Akil.

Ini salasilah keluarga saya dari Haji Mohamad Amin. Saya percaya rangkaian saudara mara saya dari Imam Rasu dan Haji Mohamad Arif juga ramai. Saya sedang berusaha menghimpunkan keturunan Tok Shahrum ini yang berada diseluruh Malaysia.

Saya menghuraikan sedikit mengenai latar belakang saya ini untuk memberitahu orang Raub, bahawa saya ini sudah ditakdirkan kembali ke Raub. Haji Mohamad Amin berperanan sebagai perancang dan penyokong Tok Gajah dari sudut membiayai dan mendanai perjuangan Tok Gajah. Saya berharap waris2 Tok Gajah dan Tok Mohamad Arif boleh menghuraikan salasilah mereka pula. Mari kita bina rankaian kekeluargaan yang besar dan bersama sama berjuang menegakkan keadilan. Allah menyatakan keadilan itu paling hampir dengan taqwa.

Sekian Wallahua’lam bissawab.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.