HALAMAN HIBURAN
Gelagatnya sering menjadi perhatian ramai. Bukan kerana bakat dimiliki atau dia adik kepada dua selebriti popular, sebaliknya kerana aksi ‘nakal’ dan provokasi dalam laman sosial video Keek dan Instagram miliknya. Lapor myMetro."Walaupun khalayak seni sedia maklum perangai gila-gila Sharifah Sakinah Al-Khaired, masih ada yang tidak dapat menerima tingkah laku keanak-anakan yang mencalar imej gadis Melayu beragama Islam.
"Dalam laman video Keek, adik Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah ini memuat naik rakaman video menuturkan kata-kata serta aksi ‘pelik’ dan ‘geli’. Dalam laman Instagram pula sering memuat naik fotonya (seperti gambar di atas) melakukan senaman tetapi mengenakan pakaian dan gaya seksi untuk tontonan umum." Begitulah mengikut ceritanya.
Apakah tujuan sebenar berbuat demikian?
Sesekali ada saja ‘caption’ berbaur provokasi, seolah-olah membalas komen pengikutnya yang gemar memberi komen negatif terhadapnya. Apakah tujuan sebenar berbuat demikian? Apakah ingin menarik perhatian ramai kerana ramai kurang menyedari kehadirannya dalam industri walaupun lama menceburi dunia seni.
myMetro bertemu Sakinah di lokasi penggambaran drama terbaru lakonannya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, dia sedar ramai memerhatikan gelagatnya tetapi ia sekadar usikan nakal untuk memeriahkan keadaan, sama ada antara rakan artis atau peminat yang mengikuti perkembangannya
Kata Sakinah, dia tidak ambil peduli segala komen dan kutukan orang terhadap dirinya, malah menganggapnya sebagai satu bentuk hiburan.
“Kadangkala saya sengaja memuat naik foto tertentu untuk melihat ‘lagak’ segelintir manusia yang bergaduh antara satu sama lain hanya atas sebab tersendiri.
“Saya juga tidak pernah memadam atau menghalang mana-mana akaun peminat yang mengutuk kerana menganggap itu hak peribadi mereka.
“Untuk apa saya ‘delete’ atau ‘block’ mereka? Itu hak mereka buat apa saja pada akaun sosial masing-masing. Saya melihat ia dari sudut positif.
“Dulu pernah saya takut untuk keluar apabila isu ‘bra merah’ mula mendapat perhatian. Namun selepas saya kuatkan diri untuk keluar, tidak ada pun yang datang maki atau kutuk depan-depan. Sebaliknya, ramai kata saya tidak hipokrit.
“Saya tidak boleh marah sesiapa pun dalam soal ini. Kalau tidak suka, tak perlu tengok dan ikut laman sosial Sharifah Sakinah. Orang yang kutuk dan keji kita dalam laman sosial sebenarnya bosan dengan hidup mereka,” Begitu kata Sakinah.
Mengenai fotonya bersenam dengan pakaian dan gaya seksi dalam Instagram, Sakinah akui dia kini berjinak-jinak dalam aktiviti senaman dan melancarkan rutin senaman sendiri, Fitness Sakinah sejak seminggu lalu. Katanya, apa dilakukan ini sebagai satu bentuk motivasi buat mereka yang mahu kurus dan bertenaga dengan cara sihat dan sambutannya juga menggalakkan.
“Ramai berminat menyertainya dan baru-baru ini aktiviti sihat pertama saya lakukan bersama kawan artis di Johor mendapat sambutan semua peringkat umur.
‘Saya akan bersama peminat lagi melakukan aktiviti serupa di lokasi terpilih di Kuala Lumpur. Seterusnya kami akan ke Kuantan, Pahang,” katanya.
Bila terkait dengan agama dan maruah, ia tidak boleh dikira sebagai 'nakal'. Ia adalah sebuah gila tidak bermoral yang bertentangan dengan syariat agama. Kena ada sesuatu pihak yang menegur dan menjelaskannya. (IH)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.