`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, June 27, 2014

ESSCOM: Ahli Parlimen proaktif dalam isu keselamatan

"Orang ramai bimbang kepercayaan diberikan pada orang yang salah."
esscomKOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Jumat Idris menyuarakan kekecewaannya terhadap sikap Komander Tentera Laut Wilayah Dua Laksamana Muda Mohammad Rosland Omar yang “mengambil ringan usaha ahli-ahli politik Sabah dalam menangani isu-isu keselamatan dan kes-kes penculikan”.
Beliau berkata bahawa MP Sabah telah lantang bersuara di parlimen untuk meminta dana tambahan sebanyak RM70 juta untuk meningkatkan sistem keselamatan dan untuk membeli aset terutamanya bagi tentera laut. Daripada RM70 juta yang di minta, cuma RM2.7 juta sahaja yang diagihkan kepada Eastern Sabah Security Command (Esscom).
“Difahamkan bahawa aset-aset tersebut masih belum tiba di Sabah. Kami telah meminta kerajaan untuk menambah bilangan menara pengawasan dan menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk membeli radar dan meningkatkan sistem pertahanan kerana lapan buah radar yang sedia ada tidak berkesan,” katanya.
Jumat berkata beliau sendiri telah mengutarakan isu keselamatan Sabah dalam dua sesi parlimen sebelum ini dan terkini pada Khamis lalu bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen Sabah yang lain dan juga Ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Hubungan di antara orang-orang di Sepanggar dan tentera laut semakin teruk.
“Tuduhan Rosland baru-baru ini di media tempatan bahawa Ahli Parlimen tidak melakukan apa-apa untuk menangani isu-isu keselamatan di Sabah adalah seperti cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada kelemahan beliau sebagai komander tentera laut di Sabah,” kata Jumat.
“Isu di sini adalah orang ramai bimbang bahawa mereka meletakkan kepercayaan mereka pada orang yang salah. Bak kata pepatah ‘Harapkan Pagar, Pagar Makan padi.’
Jumat juga berkata Rosland perlu mengambil tindakan terhadap anggota- nya yang tidak berdisiplin dan bukannya memaksa laporan polis untuk di tarik balik.
“Beliau tidak perlu menunggu untuk isu ini menjadi lebih teruk di antara orang-orang di Sepanggar dan tentera laut,” kata Jumat.
Menurut beliau jika terdapat anggota pasukan keselamatan yang terlibat seperti bekerjasama dengan musuh, maka ketua-ketua mereka mestilah bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.