`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 1, 2014

Pasangan Lesbian Ditahan Bersama Alat Sulit Lelaki

Hiasan
Dua penuntut institut pengajian tinggi (IPT) ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki pasangan lesbian berikutan penemuan alat perangsang seks berbentuk kemaluan lelaki ketika pemeriksaan bilik di hotel bajet di Johor Jaya, di sini, awal pagi semalam.

Dalam pemeriksaan jam 2 pagi itu, pasangan yang masing-masing menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini, mendakwa alat itu baru dibeli dalam talian. 


Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaan terpinga-pinga dan mendakwa alat sulit berkenaan baru sampai selain belum lagi ‘merasainya’. 

Seorang daripadanya mengakui dia mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur untuk bertemu kekasih yang juga berperanan sebagai ‘suami’ di atas ranjang.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan muhasaqah (lesbian) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pasangan berkenaan adalah antara lapan pasangan ditahan JAINJ dalam operasi membanteras maksiat di sini, diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAINJ Mohd Zamri Kambari./hmetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.