MENJELANG Perhimpunan Agung Umno (PAU), banyaklah kenyataan, ikrar dan janji dibuat. Amat menakjubkan apabila Presiden Umno sendiri masih tertanya-tanya "di mana silap kita?"
Berikut adalah antara petikan menarik daripada pembesar Umno dan penyokong serta pelindung mereka untuk renungan bersama.
1. "Saya rasa sangat letih dan ia sangat memalukan apabila kita (BN) disebut sebagai pembangkang. Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga.” – Mohd Najib dalam ucapan di Konvensyen Umno Selangor, 1 Nov.
2. “Ramai rakyat Selangor bosan tetapi kalau mereka tak yakin lagi kepada pembangkang, boleh atau tidak mereka memberi sokongan kepada kita? Ini persoalannya. Benar kita nampak rakyat bosan dan tak suka, tapi inilah masa dan ketikanya bagi kita memindahkan sokongan kepada UMNO dan BN.” - Mohd Najib dalam ucapan di Konvensyen Umno Selangor, 1 Nov.
3. “Saya berjumpa dengan Najib pada 18 November lalu kira-kira 20 hingga 30 minit, hanya saya dengan dia saja. Meskipun saya terbuka dengan menyatakan tidak ada halangan untuk tukar pucuk kepimpinan tetapi presiden Umno mahu saya pimpin Selangor sekali gus meneruskan mandat menjadi pengerusi perhubungan Umno negeri." – Noh Omar, 22 Nov.
4. “Over the last three general elections, support for Umno and Barisan Nasional in Johor has declined from 81 per cent in 2004 to 63 per cent in 2008 to 54 per cent last year. Johor needs to be a stronghold for Umno again as the party started here.” – Mohd Najib at the Johor Umno Convention, 15 Nov.
Mohd Najib tidak tahu di mana kesilapan Umno |
5. “Saya katakan kita sudah capai tahap agak kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah. Isyarat itu sudah jelas di hadapan kita.” - Muhyiddin Mohd Yassin dalam wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia 22 Nov.
6. “Kalau kita lihat kadar urbanisasi, penghijrahan anak muda dari kawasan luar bandar ke bandar sudah mencecah 60 peratus dan trend ini akan berterusan. Mereka memerlukan seorang pemimpin atau barisan pemimpin yang memahami mereka dan yang dapat memperjuangkan mereka.” – Khairy Jamaluddin, selepas hadiri Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (PEMANAS) 23 Nov.
7. “Ada benda yang boleh dibahaskan, tapi kalau boleh jangan sentuh isu sensitif. Kalau boleh jangan sakiti hati orang lain.” - Tengku Adnan Mansor, 23 Nov.
8. "Sesetengah pinjaman adalah dalam bentuk jangka panjang tapi kami percaya komitmen kewangan ini dapat dipenuhi. Kami juga dalam proses menambahkan dan mencairkan nilai aset yang kami ambil alih." - Pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamaruddin, 18 Nov.
(Terbaru: Harta 1MDB RM51.4 bilion. Hutang 1MDB RM41.9 bilion. Tahun ini rugi RM665.36 juta.)
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.