Pagi tadi pada pukul 8:50 Azmin Ali kelihatan di Penjara Sg Buloh. Beliau telah berjumpa dengan Pengarah Penjara dan seterusnya melawat Anwar Ibrahim. Sumber mengatakan lawatan yang dibuat oleh MB Selangor ini bukan lawatan rasmi tapi sebaliknya adalah untuk melawat Anwar.
Sepatutnya lawatan begini tidak boleh dilayan oleh pihak penjara kerana Azmin bukan dari kalangan orang yang boleh dipertimbangkan untuk melawat banduan pesalah liwat bernama Anwar Ibrahim.
Mengikut prosedur penjara, lawatan ke penjara hanya bbooleh dibuat selepas 4 minggu. Famili Anwar pun tak lagi boleh melawat kerana sudah pakai kuota 4 minggu tu.
Adakah pihak penjara memberi layanan isteimewa VVIP buat Anwar untuk bolehkan MB melawat?
.
Phak penjara perlu jawab kerana hanya minggu lepas mereka ditegur dan buat penjelasan. Baca AIDC berikut:
Anwar Tidak Dilayan Seperti Banduan Di Mahkamah
By editor-2 February 17, 2015 : 1:46 pm
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Kemunculan Anwar Ibrahim yang tidak mengambarkan keadaan beliau seperti seorang banduan yang sedang menjalani hukuman di Mahkamah pagi tadi amat mengejutkan rakyat. Beliau hadir untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak penjara perlu berlaku adil terhadap semua banduan. Sebarang “double standard” yang berlaku amat dikesali memandangkan Anwar telah dijatuhkan hukuman meliwat Saiful Bukhari.
Ini bermakna Anwar merupakan seorang penjenayah. Beliau tidak sepatutnya dilayan “ala VIP” penjara pula. Adakah berlaku sebarang “rasuah” dikalangan pegawai penjara? Pihak SPRM diminta segera menjalankan siasatan.
Sebelum ini pihak Jabatan Penjara menjelaskan kononnya tiada keistimewaan diberikan kepada Anwar Ibrahim dan beliau menerima layanan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh. Jabatan itu memuat naik semula laporan berhubung perkara itu di facebook rasmi mereka.
Namun begitu, kita dikejutkan dengan penampilan yang jauh berbeza Anwar Ibrahim di mahkamah daripada dakwaan pihak Jabatan Penjara. Malahan kita dapat meihat Anwar menggenggam Telefon bimbit selain daripada mengenakan baju dengan cukup bergaya. Sepatutnya beliau memakai baju banduan sepertimana banduan yang lain.
Sebarang salahlaku pihak Jabatan Penjara dalam menangani kes Anwar akan menjadi perhatian semua pihak. Oleh itu kami berharap semua pihak yang terlibat akan menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan. Berita selanjutnya menyusul kemudian.
AIDC
Berikut adalah jawapan pihak penjara yang dirumuskan
KUALA LUMPUR, 18 Feb – Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang telefon bimbit yang menjadi viral di media sosial merupakan gambar beliau semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 10 Februari lepas, bukannya ketika di Mahkamah Tinggi di sini, Selasa.
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata, ketika itu Anwar masih seorang awam yang bebas dan masih di luar kawalan pihak penjara.
“Pemeriksaan dan kawalan pengiringan secara dekat dan ketat mendapati tiada telefon diberi atau dibawa oleh Anwar sepanjang beliau dibawa ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
“Adalah ditegaskan bahawa tatacara pengiringan dan kawalan ke atas Anwar adalah selaras dengan ketetapan Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Baru-baru ini telah tersebar gambar Anwar di laman sosial yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, semalam, untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam keadaan tidak bergari, memegang telefon bimbit dan memakai pakaian sendiri.
Semalam, Anwar sedang menjalani hukuman penjara, hadir di Mahkamah Tinggi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Anifah.
Mengenai pakaian, Supri berkata, setiap banduan yang dibawa untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah dibolehkan memakai pakaian sendiri kecuali jika banduan berkenaan tidak ada pakaian atau tidak mempunyai pakaian sendiri yang bersesuaian.
“Ketika dibawa ke mahkamah Jalan Duta, Anwar memakai pakaian sendiri, kemeja lengan panjang berwarna kebiru-biruan, manakala gambar yang diviralkan di media sosial adalah pakaian berwarna lain.
Sepenuh di SINI
Apa hal pun, kini pihak penjara dalam radar dan pandangan orang ramai supaya tiada lagi melayan wayang kulit keluarga Anwar dengan tuntutan mengada-ngadanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.