Aku pegang satu benda untuk motivasi diri aku. Macam adik beradik Wrights. Bila mereka cipta angan-angan untuk terbang seperti burung (cipta kapal terbang), mereka dipersendakan. Tapi akhirnya kita ada kapal terbang sekarang.
So itulah yang aku akan buat.
Prasarana sekolah Malaysia pada aku tahap sampah.
Pakaian seragam pun sampah.
Undang2 lapok pun banyak dan ianya sampah.
RMT satu lagi benda yang sampah.
Sebagai rakyat, aku mahu sekolah awam di Malaysia mencapai apa yang negara2 yang aku sebutkan di atas ada.
Ini sekolah di Malaysia.
Apa kesnya?
Baca ;
Apa pula tindakan susulan kementerian selepas gambar2 berkenaan viral dan kecoh di laman sosial?
Tengok ;
Nampak?
Nampakk?
Nampakkk?
Betapa tak terbukanya mereka pada kritikan. Dan betapa berusahanya mereka untuk menjadi maksum dan sempurna sedangkan mereka tahu mereka bukan dan tidak layak pula.
Apa yang kerajaan kau buat ialah mereka paksa rakyat sesuaikan diri dengan kehendak mereka.
Tetapi apa yang sepatutnya dibuat ialah kerajaan perlu dipaksa sesuaikan diri dengan keperluan rakyat.
Kalau ko tengok sekolah kat negara maju, mereka akan buat bangunan bertutup, kenapa? Lebih2 lagi jika sekolah untuk murid2 bawah 12 tahun, kenapa?
Sebab anak2 ini mereka kurang peka kepada tahap keselamatan.
Daripada kita dok meroyan marah budak2 bergayut kat tepi2 dinding (sapa yang ajar sekolah rendah akan tahu betapa murid2 memang suka bergayut kat tepi dinding, tangga dan sebagainya yang boleh merisikokan nyawa budak2 neh disamping ketinggian dinding adalah rendah) maka, lebih baik kita pastikan mereka tak boleh langsung ada peluang nak buat kerja bodoh macam tue dengan mengdesign satu bentuk sekolah yang lebih selamat persekitarannya.
Tapi itu tak berlaku di Malaysia. Korea S yang ketinggalan dari kita beberapa tahun selepas baru2 merdeka kini jauh meninggal kita walaupun kita lebih kurang sama usianya.
Bukan sahaja dari segi teknologi, kemajuan, pengangkutan bahkan sekolah awam mereka juga.
Dan disini pada ketika cuaca yang begitu panas terik sehingga mampu membawa maut ini, kita ada pelajar2 sekolah yang belajar tanpa dinding. Aku tengah fikir macam mana kementerian patut keluarkan arahan bahawa murid2 patut dilarang berhimpun sementara cuaca sangat panas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan sekarang aku tengok ada sekolah di Malaysia yang takde dinding sekalipun. Siyes aku cakap. Apesal teruk sangat rakyat Malaysia neh? Kita biarkan diri kita dibuli bila kita tak bersatu untuk tuntut hak kita sebagai rakyat dan sampai bila kita nak berpecah belah? Sepatutnya semua rakyat Malaysia harus bersatu di bawah satu entiti dan kita lawan parti politik dan kerajaan kaw2 supaya mereka buat kerja. Tapi kita tidak. Kita dipecah-pecah. Dan kita dibuli-buli. Sana kena sikit. Sini kena sikit. Situ kena sikit dan apa yang pasti kita sebagai rakyat akan tetap terkena. Dan akhirnya jadila seperti sekarang. Jalanraya teruk. Sistem pengangkutan awam teruk. Sistem jaringan jalanraya awam teruk. Kemajuan terpilih dan tidak seimbang. Kita siap ada ambulance kerbau lagi. Dan kini sekolah di bawah panas matahari yang terik. Ini semua bukti. Betapa perpecahan rakyat Malaysia, kita sendiri yang tertindas. Kita adalah punca kenapa kita dibuli.
Fikir2kan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.