Wednesday, April 1, 2015
EDISI KANTOI ... CAKAP BERDEGAR KATA TALIAN PRA-BAYAR (PREPAID) TAK NAIK HARGA LEPAS GST ... YANG INI APA CERITA????????
Akhirnya kerisau rakyat selama ini terbukti dan ternyata benar.
Sebab itu bila sembang jangan terlampau kencang sangat .... mendabik dada jangan terlalu kuat .. cemuh jangan terlalu nyaring sebab akhirnya bila terbukti segala pertuduhan itu sahih lagi benar maka mana nak sorok muka.
Inilah yang terjadi kepada pengendali/pentadbir suatu akaun laman sosial Facebook Friends of BN - Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh cuba memberi keyakinan betapa para pengguna dan pelanggan talian pra-bayar (prepaid) tidak perlu risau dan khuatir, sebab setiap kali top-up tidak akan dikenakan GST sebab prepaid sudah dikenakan SST sebelum ini.
Nah!!! sekarang apa nak cakap apabila salah seorang pengguna prepaid telah dikenakan GST ketika beli di kedai 7-Eleven awal pagi tadi sebagai menguji kebenaran kata-kata pengendali/pentadbir Friends of BN - Barisan Nasional.
Apakah setiap kali beli to-up prepaid selepas itu pergi buat aduan??????
Kalau tanya Hasan Malek dia akan jawab KPDNKK tidak cukup kakitangan untuk pantau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.