Kemelut yang melanda UMNO Kedah kini sudah telah membuka era baru terhadap pentadbiran Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Desas desus kini tersebar mengatakan Datuk Seri Mukhriz tidak sempat menghabiskan penggal pemerintahan beliau berikutan rasa kurang senang rakyat Kedah terhadap corak pemerintahan beliau.
Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, kerusi Menteri Besar Kedah akan beralih tangan pada 1 Oktober yang akan datang. Perubahan tampuk pemerintahan ini telah dijangka berikutan corak pentadbiran yang tidak selari dengan apa yang diminta oleh Putrajaya sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan barisan ADUN dan rakyat Negeri Kedah.
Andai perkhabaran ini benar, dua nama yang disebut-sebut menggantikan beliau adalah Datuk Seri Ahmad Badshah yang merupakan ADUN Bakar Bata dan ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin. Dua nama ini dikatakan antara paling disenangi oleh Istana Darul Aman dan rakyat Negeri Kedah amnya.
Perkhabaran ini sebenarnya bermula sewaktu lawatan Perdana Menteri ke Kedah baru-baru ini bagi merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO. Beliau dilihat berulang kali menyebut nama Datuk Seri Ahmad Badshah yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Desas desus ini dikuatkan lagi dengan polemik berterusan antara Datuk Seri Mukhriz dengan beberapa pihak sehingga menimbulkan perkhabaran yang kurang enak kepada Perdana Menteri.
Adakah perkhabaran ini benar? Sama-sama kita tunggu sehingga detik 1 Oktober 2015.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.