Petanda MB Kedah Tidak Akan Ditukar Makin Jelas.. Saksikanlah. PKR Kedah membuat keputusan untuk menyokong Datuk SeriMukhriz Mahathir kekal sebagai menteri besar, mengatakan perubahan kepimpinan pada ketika keadaan ekonomi tidak menentu, tidak memihak kepada rakyat.
Keputusan ini dicapai selepas PKR negeri mengadakan mesyuarat biro politik pagi ini di Alor Star bagi membincangkan kemelut menteri besar, tidak berapa lama sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dijadualkan bertemu Jemaah Diraja Kedah.
"PKR membuat keputusan rakyat harus didahulukan dan kemelut ini dimulakan Datuk Seri Najib Razak secara tidak bertanggungjawab demi kepentingan politiknya.
"Kami menentang menteri besar ditukar pada waktu ini kerana ia bukanlah untuk kebaikan rakyat Kedah dengan keadaan ekonomi yang sedang kita lalui," kata Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail dalam mesej pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Insider hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Kedah itu ditanya mengenai pendirian PKR berhubung kemelut menteri besar melibatkan anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Petanda MB Kedah Tidak Akan Ditukar Makin Jelas.. Saksikanlah
Krisis menteri besar Kedah sudah berlarutan sejak lebih seminggu lalu, sejak Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media pada 20 Januari menggesa Mukhriz disingkirkan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan partinya menyokong pentadbiran Mukhriz di Kedah.
Katanya, PKR menghormati proses Perlembagaan dalam menentukan calon menteri besar yang dapat kepercayaan majoriti Adun dan sebarang keputusan untuk menyingkirkan penyandang jawatan menteri besar bagi mana-mana negeri mestilah diasaskan dengan alasan yang munasabah.
"Dalam kes negeri Kedah tidak ada sebarang alasan munasabah yang dikemukakan untukmenyingkirkan Datuk Seri Mukhriz selaku menteri besar selain daripada politik persaingan dalaman Umno.
"Atas alasan tersebut, pada pandangan kami, kami akan terus menyokong pentadbiran yang sedia ada," kata Dr Wan Azizah yang juga merupakan ketua pembangkang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.