`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, February 28, 2016

Tindakan Hadi seolah-olah sokong salah laku Najib

Rafizi minta Hadi tidak beri gambaran PAS sokong Najib


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berharap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghantar isyarat mengelirukan bahawa parti Islam itu menyokong skandal membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam Sinar Harianhari ini yang mengatakan tidak akan menghadiri perhimpunan anti- Najib pada 27 Mac ini.

Menurut Rafizi, beliau sendiri menyatakan persetujuan supaya perdana menteri meletakkan jawatannya pada himpunan tersebut.

"Saya harap Datuk Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak," katanya dalam Facebook hari ini.


Rafizi berkata, beliau jarang mengulas mengenai PAS atau Abdul Hadi kerana menghormati sumbangannya kepada pembangkang sejak puluhan tahun, tetapi beliau dihujani dengan pertanyaan mengenai kenyataan terbaru pemimpin PAS itu.

Ahli Parlimen Pandan berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian terbaru Hadi Awang iaitu "menolak parti Umno, tetapi berkawan dengan orang (pemimpin) Umno".

"Sepanjang sejarah Umno terutamanya selepas merdeka, sebenarnya pimpinan Umno itulah yang mencorakkan hala tuju dan pendekatan Umno. Sebab itu setiap kali Umno bertukar Presiden, setiap kalilah Umno bertukar.

"Maka bagi saya, kemudaratan yang dibawa oleh Umno kepada rakyat sebenarnya berbalik kepada jenis orang yang menjadi presiden/pemimpin Umno.

"Jika presiden Umno itu kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa - maka Umno (dan kerajaan) pun akan kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa," katanya.

Atas sebab ini, Rafizi berkata beliau telah memberi tumpuan terhadap kritikannya ke atas Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau turut menyenaraikan keputusan yang disifatkan menindas rakyat dan berlaku ketika Najib menjadi presiden Umno.

Antaranya dengan memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perhidmatan (GST), menghentikan biasiswa, memansuhkan subsidi minyak, dan menyebabkan hutang 1MDB mencecah RM42 bilion.

Selain itu, katanya, harta negara seperti tanah dan stesen janakuasa elektrik bertukar tangan kepada syarikat asing dan kemewahan melampau melibatkan pembelian jet baru dan rombongan ke luar negara yang ditanggung rakyat. - mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.