`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 9, 2016

LRT percuma 3 hari minggu depan untuk pendatang asing?

TAWARAN perkhidmatan LRT percuma selama tiga hari minggu hadapan sebagai tanda permohonan maaf RapidRail Bhd nampaknya tidak berjaya memujuk hati warga kota yang terluka dan tidak berpuas hati.


Tinjauan aku di media sosial mendapati, kebanyakan penggunaan yang terlibat bukan sahaja mempersendakan tawaran itu malah menuntut CEO RapidRail Bhd agar meletak jawatan sebagai mengambil tanggung jawab terhadap gangguan perkhidmatan LRT sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

Mana tidaknya, LRT percuma yang ditawarkansama ada tidak berfikir panjang atau memang tidak ikhlas. 

Gangguan perkhidmatan LRT berlaku di kala warga kota sedang bersesak ke tempat kerja, tapi tawaran LRT percuma pula dibuat pada tarikh 13, 14 dan 15 terkena pada cuti Hari Raya Haji minggu depan (Hari Raya Haji jatuh pada 12 September 2016). Ditambah dengan cuti sekolah dan cuti 16 September, maka ramailah yang akan sambung cuti untuk balik kampung dan sebagainya

Nampaknya pendatang asing sajalah yang bakal menikmati perkhidmatan LRT percuma tersebut. Berdasarkan pengalaman aku yang lepas-lepas, masa hari raya, Kuala Lumpur akan bertukar jadi seperti Ibu Negara Bangladesh.

Masa inilah warga asing yang bercuti akan melawat atau bertemu sahabat handai sanak saudara, dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi pertemuan.

Aku dapat rasakan kesan yang dilalui oleh warga Kuala Lumpur akibat gangguan perkhidmatan LRT bukanlah perkara kecil, ada yang terlepas meeting penting, terlepas deadline, dipotong gaji, terpaksa naik teksi dan macam-macam lagi.

Perkara ini juga membabitkan keselamatan. Beratus-ratus malah beribu penumpang LRT terpaksa berjalan kaki menyusuri landasan yang voltan elektrik tinggi. Ini jelas sekali membahayakan nyawa mereka.

Kesimpulannya, tawaran perkhidmatan LRT percuma selama tiga hari, di hari cuti pulak tu, amatlah tidak berbaloi dan wajar dipertimbangkan semula.


--milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.