`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 29, 2017

JAWI ‘TAK SUKA’ PERSAMAAN ISLAM-KRISTIAN, KATA MUSTAFA AKYOL

KUALA LUMPUR -Penahanan wartawan Turki oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Isnin lalu disebabkan kandungan syarahannya yang menyentuh tentang persamaan antara agama-agama Ibrahim.
Mustafa Akyol dalam ruangan pendapat di portal berita New York Times mendedahkan beliau hanya dibebaskan selepas campur tangan bekas presiden Turki, Abdullah Gul yang mendapatkan bantuan kerabat diraja Malaysia.
“Selepas selesai disoal siasat, mereka menghulurkan sehelai kertas bertulis bahasa Melayu dan menyuruh saya supaya tidak lagi berceramah tanpa tauliah,” katanya.
Katanya Jawi turut memberi amaran supaya tidak memberi ceramah tentang buku terbarunya “The Islamic Jesus: How the King of the Jews Became a Prophet of the Muslims”.
“Kami dengar kamu mahu bercakap tentang persamaan antara agama Islam, Yahudi, dan Kristian…Kami tidak suka,” kata salah seorang penguat kuasa agama seperti didakwa Mustafa.
– Malay Mail

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.