`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 29, 2017

Lambakkan Pusat perjudian di Malaysia Sebenarnya dilindungi oleh Polis – PPIM

Lambakkan Pusat perjudian di Malaysia Sebenarnya dilindungi oleh Polis - PPIM
Lambakkan Pusat perjudian di Malaysia Sebenarnya dilindungi oleh Polis – PPIM
Lambakkan Pusat perjudian di Malaysia Sebenarnya dilindungi oleh Polis – PPIM  | Panas! pembongkaran PPIM tentang isu hangat di malaysia iaitu perjudian dan gengters sangat mengejutkan! isu lambakan pusat perjudian di Malaysia bukan isu yang baru malahan ia telah lama sejak berpuluh tahun namun masalah ini seolah tidak ada jalan penyelesaian.
Tiada siapa yang berani buka mulut tentang isu perjudian ini kerana bimbang tentang tahap keselamatan diri serta keluarga namun jika tidak digempur dan dibongkar negara Malaysia yang di kenali sebagai negara islam akan dikenali negara “pusat Judi”
Namun rakyat Malaysia bertuah kerana ada PPIM yang lantang berjuang pertahankan maruah bangsa agama dan negara daripada mereka yang ingin merosakkannya
isu Pusat judi ini telah dibangkatkan oleh PPIM pada bulan febuari tahun 2017 ikuti laporan dari harian metro
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa serius bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membanteras penularan pusat judi siber di negara ini.
Ketua Biro Latihan dan Pembangunan Sosial PPIM Dr Izham Nayan berkata, gejala perjudian siber kini boleh dikategorikan sebagai teruk dan sedang membarah dalam kalangan masyarakat.
Menurutnya, NGO wajar dianggap sebagai rakan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk memerangi perjudian siber.
“Agensi kerajaan itu termasuk polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan agama serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Kita kena serius bekerjasama melumpuhkan sindiket perjudian siber ini supaya masyarakat tidak menganggap sindiket itu seolah-olah kebal.
“Sebagai contoh, kami mempunyai senarai 138 premis judi hanya di Sepang saja… itu tidak termasuk tempat lain seperti di Nilai, Kajang atau ibu negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai kemelut isu premis perjudian di sini-metro
Namun perkara tersebut tidak berakhir disitu sekali lagi PPIM tampil dengan kenyataan lebih lantang dan berani dengan mengatakan samseng-samseng yang ada sebenarnya di payung oleh badan-badan kerajaan
Bukan sekadar itu mereka juga mendedahkan pusat perjudian ini dipayung atau dilindungi oleh polis berikut video yang dapat kami kongsikan
kami sempat screen shot komen-komen netizen tentang isu perjudian yang didedahkan oleh ustaz Abd Halim dan Yusuf Azmi mereka mengakui sangat bimbang dan betul apa yang dikatakan oleh PPIM
Kami akan sentiasa update info terbaru dari masa ke semasa jangan lupa like page kami Puteraizman.com untuk pekembangan isu terkini dan semasa
-puteraizman.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.