`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, January 3, 2018

Mangsa banjir Pahang meningkat lebih 1000 orang

Seramai 1,331 orang daripada 375 keluarga ditempatkan di 15 PPS malam tadi berbanding 677 orang tengah hari semalam.
banjirKUANTAN: Jumlah penduduk terjejas banjir di 2 daerah di Pahang meningkat kepada 1,331 orang daripada 375 keluarga yang ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berbanding 677 orang daripada 195 buah keluarga tengah hari semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata, di Kuantan seramai 802 orang daripada 231 keluarga dipindahkan di 9 PPS manakala di Rompin sebanyak 6 PPS dibuka menempatkan 529 orang daripada 144 keluarga.
“PPS paling ramai yang menempatkan penduduk terjejas banjir di daerah ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad seramai 241 orang daripada 61 keluarga diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau 163 orang (40 keluarga).
“Di dewan orang ramai Kampung Seri Damai pula ialah 156 orang (66 keluarga), SMK Pandan 97 orang (28 keluarga), SK Kampung Padang 63 orang (20 keluarga), Dewan Jabatan Perparitan dan Saliran 30 orang (5 keluarga).
“Balai Raya Kampung Paya Bungor menempatkan 24 orang (5 keluarga), Balai Raya Kampung Pahang 24 orang (4 keluarga) dan SMK Sungai Lembing 4 orang (2 keluarga),” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Beliau berkata, di Rompin, 6 PPS yang beroperasi ialah Balai Raya Kampung Setajam menempatkan 178 orang (49 keluarga), SK Sarang Tiong Kuala Rompin 128 orang (30 keluarga), dan SMK Pontian Jaya 83 orang (24 keluarga).
Di Dewan Kampung Pianggu pula terdapat 70 orang (23 keluarga), Balai Raya Kampung Sepayang 55 orang (13 keluarga) dan Balai Raya Teluk Gading 15 orang (5 keluarga). -FMT

1 comment:

  1. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.