`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 22, 2021

Bekas pembantu tadbir pejabat kadi Kluang mengaku tak salah buat tuntutan palsu RM16,800

 

Norazah Abdul Aziz (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 21 pertuduhan membuat tuntutan palsu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 21 pertuduhan membuat tuntutan palsu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berjumlah RM16,800 antara 2015 dan 2016.

Norazah Abdul Aziz, 49, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Abdul Kamal Arifin Ismail.

Tertuduh yang ketika itu merupakan pembantu tadbir perkeranian operasi, di Pejabat Kadi Daerah Kluang, didakwa memperdayakan JAINJ dengan mengemukakan dokumen iaitu borang tuntutan saguhati mengajar bawah rancangan kelas takmir masjid dan surau bernilai RM800 setiap bulan yang mana tidak dijalankan pada tarikh sebagaimana dalam sebutan.

Semua kesalahan itu yang dilakukan di Pejabat Kadi Daerah Kluang, dekat Kluang, antara Januari 2015 dan September 2016, dikemukakan menurut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Nur Mahirah Mohd Pauzi menawarkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh diminta melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam Siti Nur Baya Aman yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan jaminan rendah dengan alasan anak guamnya mengalami masalah kewangan yang teruk, mempunyai tanggungan anak yang masih belajar di kolej, menyara ibu yang uzur, perlu menjalani dialisis setiap minggu yang menelan kos RM600 setiap bulan selain digantung kerja di JAINJ dan dipotong gaji mulai hari ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat pasportnya diserahkan kepada mahkamah selain melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menetapkan 8 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.