`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 22, 2021

Ketirisan cukai jalan RM3.1 juta, 7 kakitangan JPJ Johor direman 7 hari

 

Tujuh kakitangan JPJ Johor dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapatkan perintah reman.

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret memerintahkan tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor.

Majistret Nurmadiana Mamat menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengarahkan semua kakitangan JPJ terbabit yang berusia 27 hingga 42 tahun direman bermula hari ini hingga 28 Feb.

Semalam, SPRM menahan lima lelaki dan dua wanita yang bertugas di kaunter JPJ Johor kerana dipercayai memanipulasi sistem mySIKAP bagi urusan cukai jalan LKM.

Menurut sumber SPRM, ia membabitkan jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Dis 2019.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.