Berita benci anjing timbul balik sekali lagi.
ALOR SETAR: Penduduk kampung di Pendang bantah anjing ke kampung mereka
Ketua Panitia kata desa itu tidak sesuai tempat perlindungan anjing
prospek “400 lebih anjing” di halaman belakang mereka tidak dialu-alukan.
Pak Mie Shelter, 220 anjing, 100 kucing akan bergerak ke gudang 6,300 kaki segi
Ini adalah kawasan orang Islam
Kami akan mengadakan tunjuk perasaan esok pagi
Kami tidak mahu anjing di sini
tidak ada petugas daerah di Kedah yang ingin miliki tempat perlindungan anjing
Ini adalah kampung mereka, mereka berhak untuk memprotes.
jawatankuasa perancang negeri akan cari penyelesaian akhir pada 28 Feb
- Pengendali Pak Mie Shelter Badirol Hisham kecewa dgn penduduk kampung
- Dia kata gudang itu jauh dari kampung dan masjid sekurangnya 500m
- Semua tanah diduduki manusia.
- Adakah anda harap kami ditempatkan di tasik, sungai atau hutan?
- Kedah sangat besar, bukankah ada sedikit pun tanah untuk haiwan ?
- Kami tidak meminta lima ekar, hanya setengah ekar, ”katanya.
- Saya hanya berdoa kepada Allah untuk menolong kami,” katanya
Sebagai orang Islam kita patut merujuk ayat Quran untuk mendapat petunjuk hidayah. Contohnya Surah al Kahfi (Surah 18 atau Surah Gua) menceritakan sekumpulan anak muda yang menjadi contoh baik orang yang beriman.
[Surah 18:10] Ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
OSTB : Kumpulan pemuda beriman itu duduk dalam gua tadi bersama anjing mereka (kalbu-hum). Bukan saja Allah swt menggelar mereka "orang beriman" tetapi Allah swt telah menambahkan iman mereka.
Al Quran juga memberi petunjuk hidayah bahawa sekalian makhluk yang ada antara langit dan bumi adalah "islam" kepada Allah swt.
Sila rujuk Surah 3:83
"aslama man fi samaa waati wal ardhi" maksudnya kepada-Nyalah tunduk taat (islam) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi
Tentu sekali ini termasuk haiwan seperti anjing, kucing, kambing, harimau dan segala jenis haiwan ciptaan Allah swt.
Gambar berikut menunjukkan tradisi membela anjing di kalangan orang Arab Islam di UAE (Emiriyah Arab Bersatu).
Sila perhatikan bahawa orang Arab Islam ini bukan membela anjing mereka dalam gua pun.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.