`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 17, 2021

Dakwaan langgar SOP: Polis tak boleh ‘hukum’ Annuar tanpa arahan pejabat peguam negara

 

Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin berkata kes Annuar Musa tidak semudah “hanya bayar RM1,000, kemudian selesai”.

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa belum boleh dikenakan kompaun RM1,000 atas dakwaan melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana kesnya perlu dirujuk kepada pejabat peguam negara, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin.

Saiful Azly berkata, walaupun percakapan Annuar sudah dirakam semalam, beberapa percakapan individu lain masih perlu diambil bagi mendapatkan fakta dan bukti kukuh.

“Lebih kurang dua jam keterangannya (Annuar) diambil. Siasatan dibuat bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar SOP.

“Jadi, kalau tanya sama ada dia (Annuar) sudah disaman RM1,000 atau tidak, itu belum lagi.

“Hal ini kerana, apabila kertas siasatan sudah dibuka, kami kena dapatkan segala fakta-fakta atau bukti yang ada. Kita akan rujuk kepada pihak peguam negara untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, kes itu tidak semudah “hanya bayar RM1,000, kemudian selesai”.

Ahad lalu, beliau berkata polis akan memanggil Annuar untuk diambil keterangan mengenai dakwaan melanggar SOP PKP selepas gambar beliau bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan tular di media sosial.

Peraturan PKP oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan hanya dua orang saja dibenarkan duduk di setiap meja di premis ketika makan.

Sebelum ini, tular di media sosial membabitkan bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) itu yang yang makan di meja bersama enam individu lain semasa lawatannya ke projek pusat komuniti di Cheras pada Jumaat lalu.

Dalam catatan di Facebook, Annuar berkata beliau hanya “duduk sebentar” dan beredar selepas menyedari pihak penganjur tidak mengikut SOP. Penganjur program itu juga sudah memohon maaf atas kejadian berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.