`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 16, 2021

KKM kenal pasti 605 pusat pemberian vaksin seluruh negara

 

Kementerian Kesihatan berkata lokasi pemberian dan simpanan vaksin akan dikemas kini dari semasa ke semasa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 605 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara bagi tujuan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula hujung bulan ini.

PPV sementara seperti di stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai, universiti serta fasiliti yang bersesuaian juga akan dibuka mengikut keperluan, menurut KKM dalam catatan di Twitter.

Selain itu, vaksin akan disimpan di 54 lokasi lain untuk menjamin kualitinya.

“Lokasi-lokasi ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata KKM.

Malaysia akan menerima penghantaran pertama vaksin Covid-19 buatan Pfizer-BioNTech pada 21 Feb, diikuti pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 26 Feb dalam tiga fasa.

“Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula 26 Feb hingga April 2021. Fasa kedua pula akan bermula pada April hingga Ogos 2021 melibatkan kumpulan berisiko tinggi, manakala fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari Mei 2021 hingga Feb 2022,” kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin pada fasa pertama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.