`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 20, 2021

Pusat khidmat ADUN P Pinang bantu mangsa keganasan rumah tangga

 

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dengan mewujudkan lebih banyak pusat sokongan, beliau yakin mangsa keganasan rumah tangga boleh mendapatkan bantuan lebih efektif.

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menjadikan 40 pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai “First Support Point” dalam usaha menangani dan membantu mangsa keganasan rumah tangga di negeri ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Dasar Keluarga Selamat diperkenalkan pada Okt 2020 merupakan langkah awal bagi mewujudkan khidmat sokongan dan membanteras kes keganasan rumah tangga yang menunjukkan peningkatan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) Mac tahun lepas.

“Sebagai contoh, panggilan talian penting kepada Women’s Centre for Change (WCC) meningkat sebanyak 267% daripada minggu pertama ke minggu kedua PKP.

“Statistik polis pada April 2020 menunjukkan terdapat 343 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di Pulau Pinang, berbanding 226 kes pada 2019,” katanya semasa berucap pada majlis Upacara Penyampaian Watikah First Support Point Dasar Keluarga Selamat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau.

Katanya kerajaan negeri mewujudkan First Support Point, iaitu usaha tiga pihak antara pihak kerajaan, komuniti akar umbi dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memberi sokongan kepada mangsa termasuk menyalurkan kes keganasan rumah tangga kepada agensi yang bersesuaian secara bersistematik.

Chow berkata, situasi pandemik Covid-19 mengehadkan pergerakan rakyat dan bukan semua orang boleh mencari bantuan ke hospital, balai polis atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang jauh dari rumah mereka.

“Oleh itu, dengan mewujudkan lebih banyak pusat sokongan, saya yakin mangsa keganasan rumah tangga boleh mendapatkan bantuan dengan lebih efektif,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.