`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 7, 2021

Suami isteri lari daripada saringan selepas bayi positif Covid-19 ditemui

 

Pasangan Orang Asli itu memberi kerjasama kepada polis dan Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke hospital bagi menjalani ujian saringan Covid-19 dan dikuarantin sehingga keputusan diperolehi.

KOTA BHARU: Pasangan suami isteri Orang Asli yang menghilangkan diri daripada menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai pada 4 Feb lalu, ditemui semalam.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata, pasangan itu ditemui selepas anggota di Balai Polis Laloh menerima maklumat daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengenai pasangan berkenaan kira-kira 5.30 petang.

Beliau berkata, selepas maklumat itu, sepasukan anggota berjaya mengesan dan menemui pasangan terbabit di sebuah pondok sekitar Sungai Sam, Gua Musang.

“Pasangan Orang Asli itu beri kerjasama baik kepada polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke HSIP bagi menjalani ujian saringan Covid-19, seterusnya menjalani kuarantin sehingga keputusan diperoleh,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Bernama melaporkan pasangan suami isteri Orang Asli yang berasal dari Pos Tohoi, Gua Musang itu bertindak menghilangkan diri ketika ujian saringan Covid-19 hendak dilakukan ke atas mereka Khamis lepas.

Difahamkan, ujian saringan itu perlu dijalankan selepas anak perempuan mereka yang berusia 25 hari disahkan positif Covid-19. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.